Wednesday, 16 February 2011

darjat dan pangkat

pernah tgok cerita antara dua darjat? tu salah satu contoh yang nyata. mementingkan keturunan dalam memilih jodoh. darah orang kaya mesti kawin dengan darah orang kaya, padahal ternyata darah orang kaya dan miskin SAMA. tiada yang beza.

kenapa layanan baik hanya untuk orang tertentu? orang bawahan dilayan macam orang gaji padahal satu keluarga. ni cerita apa yang aku lihat di dunia nyata. hina kah orang yang tak berduit ini? hina kah orang yang tak mampu memiliki kereta mewah? hina kah mereka ini?  sedangkan hati mereka semulia-mulia hati kalau nak dibandingkan dengan orang yang berduit dan berkereta mewah, orang kaya yang disanjung tinggi disebabkan harta yang menggunung tinggi. yang punya sifat bongkak dengan harta dunia, yang takbur dengan nikmat Tuhan kurniakan.

Kadang-kadang orang yang dipandang hina ni, dipandang mulia oleh Allah. Allah tak pandanglah harta, pangkat korang yang dibanggakan tu, pakaian yang disaluti emas perak, rupa kalian yang putih melepak, cun melecun tapi Allah pandang pada iman hati ketaqwaan . BUKAN HARTA..

jangan lah membezakan orang miskin dan orang kaya. kerana pada mulanya kalian diciptakan dengan tanah. tadenya orang kaya diciptakan dengan emas. tade punya. dan kalau mati, orang kaya ni dikafankan dengan kain sutera thai ke? tak! kain putih biasa je. manusia ni semuanya sama yang membezakan hanya taqwa. bukan aku yang cakap.

tak luak kalau layan mereka dengan baik ,penuh kasih sayang. pahala lagi, adalah. tu lah ganjaran sebaik-baik ganjaran di dunia. kankan? so.. kesimpulannya, orang miskin ke orang kaya ke mesti ada jalinan persaudaraan dan perpaduan yang baik. adios. ^^

No comments:

Post a Comment