Friday, 4 February 2011

kelebihan hari jumaat




Assalammu'alaikum dan salam sejahtera. :)

1. Berlakunya hari kiamat.
 Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
  Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini juga beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
  suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ehh? Jumaat  hari yang istimewa sebab  Islam sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 korangg jngan lupa potongg kuku..Peliharalah kebersihan anda.hehe.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

ni berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.


so, renung-renungkan dan selamat beramal yoo? toodless.

No comments:

Post a Comment