Monday, 14 February 2011

rintihan seorang umat

semalam aku open youtube dan tgok video pasal seorang perempuan arab ni ditanya oleh seorang lelaki
' apa yang ingin anda katakan jika anda bersama Rasulullah walau  hanya seminit'

perempuan tu menangis dan dia jawap.
'semua orang ingin bersama Baginda'


lelaki tu bertanya lagi.
'awak agak ape perasaan Rasulullah andai dia melihat keadaan umatnya sekarang?'

wanita menjawap
'pastinya dia menangis kerana umatnya sekarang menderita'

lelaki itu bertanya
'apa yang awak nak cakap jika Rasulullah bersama dengan awak sekarang?'

wanita dengan teresak-esak menjawap
' saya ingin Baginda bawa aku keluar dari dunia ini'


ya Rasulullah, andai kau bersama kami di saat ini pastinya umatmu tak akan menderita sebegini. dunia penuh huru-hara ya Rasulullah. andai kau bersama kami, pastinya Islam tak sebegini rupa.. akhir zaman ini ya Rasulullah Islam menyedihkan serata dunia. darah umat Islam seperti tidak ternilai, maruah Islam dipijak bagai. engkau melihat bagaimana derita nya kami? kalau aku diberi peluang bertemu denganmu pastinya itu rahmat terbesar untukku. Rasulullah, umat mu merindui ketenangan Islam di dunia ini. rusuhan berlaku merata, di negara para anbia IRAQ,MESIR,PALESTIN , baitulmaqdis ditawan yahudi laknatullah. umat Islam tak seperti dulu bangun membangkit dan menegakkan kebenaran dan maruah Islam. tapi kini... 

kadang-kadang saat menikmati hiburan tak semena di dunia ini, kami lupa padamu. kadang-kadang mulut ini terasa berat untuk memujimu ya Rasullulah. sedangkan masa hayatmu , doamu buat kami tanpa jemu. hatimu selalu mendoakan untuk kami sedangkan kami alpa di dunia. kami lupa warkah terakhir mu. kami lupa tentangmu kami lupa ya Rasullulah. disaat hayatmu perjuangan Islam menggerunkan musyrikin Mekah kini.. hanya maruah tergadai. di mana umat Islam yang berjuang untuk Islamnya? hanya segelintir umat. 

disaat pemergianmu, umatmu seluruh dunia, sahabat menangis teresak-esak. adakah ada lagi insan sepertimu? pekerti luhur, akhlak yang indah., penuh rasa cinta terhadap semuanya walaupun musuh durjana, haih.. disaat rohmu ditarik IZRAIL engkau berpesan supaya, malaikat ini tidak menarik roh umatmu dengan kasar dan tidak sakit seperti yang Baginda rasa sedangkan izrail menarik roh keluar dari jasadnya dengan penuh kehalusan supaya Rasulullah tidak merasa sakitnya sakaratulmaut. UMMMATI..UMMATI..UMMATI. 

Rasulullah, sesungguhnya kami merinduimu!

aku mohon syafaat darimu di akhirat kelak.
aku mohon duduk bersama-sama dengamu di akhirat kelak.
aku mohon dimasukkan ke dalam syurga ikut mana-mana pintu yang kuinginkan.

sekalian umat. 
berselawatlah pada Rasul mu walau hanya 10x
supaya dengan 10x tu kita akan mendapat syafaat darinya.
insyaALLAH. 

Salam maulidurasul :)





maaflah, tak pandai menggunakan kata-kata yang indah

No comments:

Post a Comment