Thursday, 10 March 2011

aku, manusia.

Hari ini aku melihat matahari menyinari bumi,
hari ini aku ,melihat tumbuh-tumbuhan ditiup angin sepoi-sepoi.
hari ini aku melihat manusia bersujud padaMu.
hari ini aku mendengar seruan dari Mu.
hari ini aku melihat silaturrahim bersatu.
hari ini aku mendengar kicauan burung.
hari ini aku menangis dan menangis 
kerana melihat kebesaranMu .

aku bersyukur ya Rahim,
kerana dikurniakan kedua ibu bapa ku masih ada di muka bumi.
kerana aku dilahirkan sebagai seorang muslim.
kerana aku dapat mengenali erti bertuhan pada Mu.

Ya Rabbi,
 diriku belum sempurna di jalanMu,pimpilah diriku.
iman dihatiku makim melemah, Kau kuatkan lah ya Allah.
umurku makin singkat di dunia ini, Kau berilah aku kesempatan untuk bertahajjud padaMu.

ya Allah,
terimalah.. ibadahku yang tidak sempurna.
walaupun ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya.
tapi itulah terdayaku untuk mempersembahkannya pada Mu.
sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.
aku mengharapkan rahmatMu


No comments:

Post a Comment