Thursday, 24 March 2011

Allah..Allah

Bismillahirahmanirrahim..
Allah berfirman dalam surah dalam surah AL-araf ayat 34 yang bermaksud  ;
' tiap-tiap umat mempunyai ajal,,maka apabila telah datangnya ajal
mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat dan tidak dapat mempercepatkannya'

'setiap yang bernafas akan pasti akan merasai mati'

jangan disangka ajalmu dihari tua.

di dada akhbar sekarang..banyak kemalangan jalan-raya yg melibatkan remaja belasan tahun dan sekitar 20-an.. ajal kita? siapa tahu? mungkin lepas ni..giliran kita menerima panggilan dariNYa..

sahabatku dan diriku jua..ingatlah, Rasulullah ada bersabda bahawa malaikat Izrail tu merenung wajah manusia 70 KALI dalam sehari.. ALLAH! malaikat maut tu sentiasa merenung wajah kita ni... sedangkan kita, masih lagi gelak ketawa sedangkan ajal sedang menghampiri kita..

KEMATIAN ITU SEBAIK BAIK NASIHAT.

bila kita ingat mati.. secara autonya kita akan terbayangkan azabnya kita dalam liang lahad diatas perilaku kita dimuka bumi. liang lahad itu akan menjadi taman-taman syurga ada yang akan menjadi salah satu lubang neraka...

bila kita ingat mati sah sahnya kita akan terkenangkan dosa kita..
terkenang nasib kita yang belum pasti..
terkenangkan soalan munkar dan nakir nanti..
adakah kita boleh jawab dengan lulus semuanya?
hanya 3 amalan yang dapat membantu kita disana..
sedekah jariyah..
doa anak yang soleh..
ilmu yang bermanfaat..

semoga kita tergolong dikalangan orang yang beriman.
*orang yang beriman itu akan diuji.

Robbana atina fi dunniya hasana,wafilahiroti hasana 
wakina 'azabana
wakina 'azabana
wakina 'azabana!


banyakkanlah sedekah..dengan sedekah dapat memanjangkan umur kalian..
ya Allah..panjangkanlah umurku , moga dapatku beramal lagi didunia untuk akhiratku..
isnyaAllah..amin~


Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

terlambatkah untuk kita bertaubat??
 
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

sungguh Ku akui kelemahan diri,
sunnguh Ku insafi kekurangan ini,
sungguh Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ya AllahTaubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...



     syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan dosa dan MENANGGUHKAN TAUBAT.

wallahualam.. 

sekadar perkongsian peringatan buat diri yang lemah ini dan sahbat semua :) 

ila liqo'

No comments:

Post a Comment