Wednesday, 16 March 2011

buat sahabatku


sahabatku..
gembira hati ini bila kita gurau bersama..
bagaikan sekeluarga.
eratnya silaturrahim ingin aku bertanya..
sedarkah kalian ini satu pertemuan dariNya.

sahabatku..
kita hanya manusia biasa..
sentiasa akan rasa sunyi dan sedih
ingatlah kawan..Pencipta kita sentiasa di sisi
ingatlah Dia..isikan kesunyianmu pada yang Esa,

sahabatku..
dunia remaja penuh pancaroba.
bergelut dgn hati yang meronta.
tenangkan hatimu dengan kalamullah..
basahilah bibirmu dengan zikrullah..
walau hanya sedikit..
jadikanlah ia istiqomah.

sahabatku..
carilah cinta Illahi..
kasihlahh Rasul Illahi
genggam lahh cinta ibu da abi..
barulah diri rasa cukup dikasihi.

sahabatku..
luqman Al-hakim berpesan ..
andai orang tuamu memarahi,
itu tandanya..mereka ingin mendidikmu..
terimalahh seadanya..leteran mereka. kerana berguna untuk diri ini.

sahabatku..
bukan ingin aku mengata dirimu kalian..
sahabatku muslimat..rapikanlah dirimu untuk menjejak ke syurga Allah.
semestinnya itu yang kalian impikan.. aku tahu tu sahabat. kerana diri ini pun ingin ke sana.
 rapikanlah auratmu..perlahan perlahan..
aku tahu untuk berubah kepada kebaikan perlu ambil masa yang panjang.
asalkan ada hasrat di hatimu sahabat.. segerakanlah.

sahabatku..
apa yang aku katakan adalah untuk diri ini juga para sahabat yang ku kasihi.
mula kanlah langkah bersama mencari sinar redhoNya.
insyaAllah..
DIA akan sentiasa bersama denga kita.

No comments:

Post a Comment