Wednesday, 2 March 2011

hadirnya kesedihan

hidup ini tak pernah sunyi dari tangisan.

apa yang diinginkan tak pernah tercapai.

pernah terfikir sejenak,

apa yang aku rancang dan inginkan, adakah yang terbaik punyeee?
 
aku inginkan sesuatu yang manusia lain impikan,

adakah 'itu' membawa keberkatan dan keredhaan dalam hidup ini?

'saya cemburu'

perasaan cemburu sentiasa membaluti hati aku.
 
mula mempersoalkan apa yang terjadi.

siapa diri aku padanya? sentiasa dikurangkan. sentiasa diremehkan

ya Allah, sakitnya perasaan ini.

kesabaran aku tergugat ,

satu persatu aku menggerakkan langkah mencari kembali ketenangan jiwa.

dalam kerapuhan aku untuk bangun mencarinya,

diri ini masih ada kekuatan semangat untuk terus menerima

Allah memberi ujian kerana Dia tahu kita mampu.



Seiring waktu berlalu

Tangis tawa dinafas aku

Hitam putih dihidup aku
 
Aku akan Jalani takdir hidup ini.

disebalik tirai kerapuhan aku dalam kesedihan ,
 
Allah kurniakan ketenangan melalui ciptaan-Nya,
lihatlah farhana, masih ada lagi matahari menyinari hari hari perjalananmu.
 
lihatlah nikmat Allah beri dalam hidupmu.

lihatlah ciptaan lain di BUMI ini. selagi ia tidak hilang..

teruskan lahh mencari ketenangan dan terus bersyukur, janganlah terus bersedih.

Allah merancang yang terbaik buat diri aku.

tanpa disedari, aku dikurniakan kasih sayang seorang ummi dan abuya,

yang sentiasa menceriakan hati ni.

alahai... tenang lagi hati melihat mereka tersenyum :)

setiap yang aku inginkan digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai dari apa yang aku inginkan 

mungkin ia tidak aku sedari kerana tiadanya qana'ah dalam diri ini.
 
Di saat kesedihan
 
aku memanjatkan doa pada Nya..
 
 
Buang segala kesedihan...usir segala keresahan...
 
dan tanamkan di hati  bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat! 
 
 
 
 
p/s : aku ni tak lah pandai menyusun kata-kata tapi luahan dalam bentuk puitis? puisi?
terpulanglah pad korang ye? :)
Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment