Wednesday, 23 March 2011

hipokritnya kau..!

'kau pakai tudung bukannya ikhlas pun weh, hipokrit!!'

'tak payah buat baik lahh ek, munafik lah kau'

'dah belebai dah kau ni.. ish ish..depan orang je ni, belakang, mcm syat***'

adakah orang mahu berubah itu HIPOKRIT?? berlakon sahaja??

berubah atau berhijrah dari jiwa yang kotor kepada bersih..berubah kepada kebaikkan adalah tindakkan orang yang  ada BERANi dan bijak! kekadang orang memang bijak pun tak terpikir nak berubah * based on what i saw. bijak kah mereka tu? hehh. TIDAK lahh mereka itu munafik..hipokrit dan sewaktu dengannya amdai mereka melakukan sedemikian..berbuat baik,tutup aurat, nasihat menasihat..




setiap cemuhan yang kita dapat tu adalah, ujian dari Allah..menguji tahap kesabaran dan keimanan kita dalam menhgadapi ujian untuk berubah. permulaan untuk melakukan perubahan akan diuji. maka janganlah berhenti di pertengahannya..teruskanlah. dalam Al-quran banyak menyebut bahaw manusia akan diuji sehingga diyakini. ujian ini diibaratkan sebagai tangga..hmm, tangga nya? kita akan menaiki satu tangga..satu tangga..dan satu tangga lagi...naik lagi..sampai ke puncaknya!



bagi aku, apa yang sedang ku hadapi ialah, penerimaan masyarakat terhadap perubahan yang tetiba je nih. .



'ahh..buat cam biasalh. tak payah lah nak pkai ni semua. nanti apa plak dorang kata.'

'over yeww lahh pakaian muslimah aku ni' '

'aku sorang je yang pakai cam ni'


dugaan dugaan dugaan. jangalah berasa lemah andai diri terasa asing.. terasa asing dari yang lain itu lebih baik.. maksud saya, dari segi pemakain, tutur kata, adabnya serba elok dan mengikut syarak..

Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.. Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.

Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"

No comments:

Post a Comment