Monday, 14 March 2011

jejak ilmu

balik dari AL-MAMAL. ya Allah.. memang aku rasa still lapar sebab tekakku kembang apabila seekor anak lipas ada dalam kuew teow bim. ewwwwwwwwww! masa balik tadi story story lahh. gosip gosip semua.. then, bim told me about kisah hamba Allah yang soleh :)

seorang hamba ni nama dia Abu soleh..dia berjalan dan ternampak pokok epal dan dia pergi ke pokok tu dan makan separuh buah epal. separuh sahaja. dia tersedar yang pokok epal tu kepunyaan orang lain. lantas dia pergi mencari tuan punya pokok epal tu..setelah dia berjumpa dengan tuan punya pokok dan dia berkata :

aku telah makan separuh buah epal dari tanaman pokok epalmu, maka halalkanlah.

tuan punya pokok tu pun kata, 
aku halalkan tapi ada syarat..
kau mesti bekerja denganku selama 12 tahun.

abu soleh pun menerima syaratnya itu supaya separuh buah epal yang dimakan dihalalkan,agar dia tak terseksa dengan azab Allah. Selepas 12 tahun, abu soleh memohon keizinan tuan itu untuk pulang ke kampung. tetapi masih ada lagi syarat untuk abu soleh..

abu soleh bertanya ,
apa syaratnya lagi?


tuan itu pun menjawab,

kau mestilah menikahi anak perempuanku yang cacat pendengaran,pekak, cacat anggota badan

iman yang kukuh, abu soleh menerimanya demi mencari halalnya makanan yang dia makan supaya Allah meredhai hidupnya.

abu soleh mengetuk pintu kamar anak perempuan tuan itu. abu soleh menyapa. 
mana isteriku?

maka jawaplah si gadis itu :
 aku disini.

segera abu soleh memandang ke arah isterinya itu, terkejutnya dia apabila gadis itu, ia tak seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya. sebaliknya, gadis itu cantik rupawan, bahkan ada pekerti mulia. inilah indahnya pemberian Allah kepada hamba yang mencari keredhaan dengan mengharungi dugaan..akhirnya dibalas dengan mutiara :)

bim,tahu tak..dalam kita tak sedar.ada sesuatu mengekori kita.. iaitu pahala. tq bim!!
even tak detail, tapi ada teladan dan moralnnya untuk kebaikan kita.






No comments:

Post a Comment