Tuesday, 15 March 2011

kau tempat aku mengadu

biarlah aku buangnya jauh ke dalam dasar laut hati yang dalam,kerana aku temui ketenangan di dasarnya bersama mencari Penciptaku.dosa lampau..terus aku kenangkan, supaya aku sentiasa rasa berTuhans entiasa memohon keampunan .ya Allah.. biarlah diri ini rasa kekurangan dalam kehidupan,aku tak ingin ya Allah hidup dalam kebanggan dan ketandusan jiwa.cukuplah selama ini hatiku derita.selepas aku membaca tentang ancaman Mu pada manusia yang melupakan Mu, ya Rabb..ruginya aku.dunia dunia hanya menawarkan hiburan yang melekakan..benar?  Kehidupan Dunia Adalah Penipu ..syukur aku panjatkan ke hadrat Mu, ya Rahim.. hati ini..sedikit demi sedikit terbuka untuk mencari dan mengutip ilmu kalam Mu ..mengetahui kisah kisah wali, ulama-ulama..

ya Allah, aku sering tak dapat apa yang aku inginkan..tetapi ya Allah, Kau lagi maha penyayang. Kau beri aku PELANGI di saat aku kesedihan kehampaan.. Kau beri aku SINAR BULAN untuk bersujud pada Mu. macam-macam Kau bagi pada diri aku, tanpa disedari.. Kau bagi aku nikmat, rezeki dan keindahan dalam meyusuri hidup ini. THANK YOU ALLAH.

Ya Allah..pemilik langit dan bumi, 
besar sungguh cita-cita hambaMu ini..
teringin benar aku melihat Mu ya Allah..
Allah yang Maha besar.
Allah yang menguasai seluruh Alam.

tapi..layak kah aku ya Allah..
bekalan aku untuk bertemu dengan Mu belum cukup..
dosaku masih berbaki..
amalanku belum sempurna..
:'(

ada lagi ya Allah..
aku ingin berada di dalam syurgaMu.
aku ingin melihat dengan hati dan mataku keindahan dan kenikmatan syurga.
apa yang aku baca, tak dapat digambarkan betapa cantiknya syurga.

tapi Ya Allah
bila membaca kisah deritanya dalam nerakaMu,
adakah aku salah seorang hambaMu yang akan ke sana?
sungguh! aku tak nak!!

ada lagi ya Allah..
aku ingin berjumpa dengan buah hatiMu, Muhammad.
aku ingin katakan pada dia. aku lah antara umat akhir zaman..
ingin aku ceritakan kehidupan aku di akhir zaman ini..
dan ingin aku ucapkan...umatmu merinduimu!!

ya Allah ..seperti pejuang Islam yang lain,
aku ingin syaheed di jalanMu.
tanpa menoleh ke belakang,, aku ingin syaheed dalam menuntu ilmu Mu.
aku ingin syaheed di jalanMu.
izinkanlah ya Allah...


setiap dugaan yang Engkau berikan, adalah semata-mata meguji keimanan hamba.. dalam ketabahan dan kesabaran hamba menharunginya.. aku tahu, kau tak akan sia-siakan hamba Mu ini. maka..farhana.. carilah kesempurnaan dan kelemahan diri kamu. jangan pernag memutus harap pada Illahi..segala resah dan gelisah kamu di dunia kau mengadap lah pada yang Esa..kerana DIA sentiasa berada dekat denganmu farhana..menangislah, mengadulah padaNya..
DIA setia 365 hari dan seterusnya dalam hidupmu serta tak pernah hilang walau sesaat.
cuma diriku yang hilang....Allah..


.......terimalah hamba Tuhan.....


Allahuakhbar..

No comments:

Post a Comment