Wednesday, 23 March 2011

makanan favourites Rasulullah apa???

kalau zaman sekolah rendah dulu, kawan kawan memang suka buat biodata pasal sesapa yang dia kenal . *kelakar kot kalau nak diimbau kembali. :D dalam senarai biodata tu memang wajib lahh ada makan kesukaan. ana ingat lagi!! teehee :) so, dari situ kita tahu kawan kita suka makan apa.. kebanyakkan western FOOD je. hesh. ce tanya, nabi kita suka makan apa?

BARLI
 
-ermm.. masa demam elok lah makan barli ni. dihidangakan dalam bentuk sup



KURMA
 
 - baik dimakan ketika mengandung :)
Rasulullah ada bersabda ;
'barangsiapa dalam rumahnya tiada tamar
dalam rumahnya seperti tiada makanan'

BUAH TIN

- buah daripada syurga
-penawar penyakit buasir


ANGGUR
Rasulullah paling suka buah anggur,
anggur dpt membersihkan darah menguatkan buah pinggang dan cuci usus.


MADU

 -penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. 
 -untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut.
-sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.


SUSU

Rasulullah S.A.W. bersabda... bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, baiki penglihatan, dan
menghindari daripada nyanyuk.

 
CENDAWAN
 - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.
 
 
TEMBIKAI
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".
so..makanlah tembikai banyak banyak :) hee.
CUKA
makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)
 
 
MINYAK ZAITON


-Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
 
DELIMA 
 

-Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.
*pernah makan sekali je buah nih.

AIR
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
minumlah perlahan-lahan.






 

No comments:

Post a Comment