Thursday, 10 March 2011

merindui ketenangan

Berdiri, diri ini sebagai seorang perindu, merinduikan kedamaian. Damai yang datang dan pergi menyinggah sekadar pasang surutnya air laut, seperti ombak memukul pantai, seperti siang berganti malam, hari silih berganti hari.  Perbuatan yang mengikutkan  hati dan perasaan tanpa memikirkan difikiran dan akal akan mengakibatkan keburukkan, dan  menyakiti hak hak insan insan lain. Insan,ketahuilah  Kelakuan sedemikian akan meremukkan hati dan perasaan insan insan yang lain.. Mengapa harus sengaja mengenangkan kembali kisah lama? Mengapa  perlu dipandang kebelakang kisah yang akan mengakibatkan keburukkan. kisah yang dah berlalu biarlah berlalu jangan dikenang kelak akan  menyakitkan hati.  Dimana perginya kdamaian ? Tidakkah insan insan impikan kedamaian?
Insan insan janganlah sengaja mencari jalan untuk mempersalahkan orang lain, diatas  perkara  yang tidak pasti  dilakukan.  Insan janganlah  insan  terlalu mengikutkan perasaan,  perasaan yang melulu. Diatas imaginasi sendiri. Diatas andaian sendiri,  begitu ego dan meluahkan kata yang tak bernas. Tanpa melihat keadaan sebenar dan berlapang dada memandang jauh dan kehadapan.
Insan insan tak mengapa lah.  Setelah diintai intai diantara  ketenangan dalam kedamaian dan diantara  kemelutan dalam  perjalanan, akan diri ini meneruskan jua sisa-sisa perjalanan yang berliku ini,  walaupun keinginan terkadang tak kesampaian,  akan diri ini bangkit semula meneruskannya  Semoga keruntuhan yang lalu dapat memberikan diri ini kekuatan meneruskan kegelombangan kehidupan.  Diri ini tahu ada hikmah disebaliknya.  Diri ini percaya  Allah disamping diri ini dan akan selalu memohon pertunjjuk mu YA Illahi.  Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbuku dihati ini.  Diri ini serahkan segalanya padamu YA ALLAH. Sesungguhnya diri ini takut diatas kemurkaan Allah, lantas diri ini tidak akan pernah ada terlintas dihati ini untuk menyakit hati dan perasaan insan insan. Menyusun jari sepuluh memohon maaf  Sekiranya ada terkasar bahasa atau tersilap kata dan sekiranya  insan insan merasakan hati insan insan disakiti. Janganlah di salah ertikan perilaku diri ini ?

Kasih sayang yang diberikan pada insan insan semestilah  mempunyai ketulusan keikhlasan,  kasih dan sayang tak  bisa  dipersendakan dan tak bisa juga dipaksa paksa. Berlandaskan Sabar, tabah, dengan kejujuran, keikhlasan dan ketaqwaan pada Allah dan kerana Allah,  Tidak diri ini hiraukan hati ini walaupun disakti asalkan diri ini dapat membahagiakan insan insan. Diri ini senantiasa memberi kesempatan, Semoga ada ruang kemesraan diantara diri ini dengan insan insan. Diri ini mengundurkan diri, mengalah.  Berdiri jua diri ini di sini bukan untuk selamanya  kerana diri ini sedar pada suatu hari nanti diri ini akan pergi jua menyambut panggilan Illahi buat selama lamanya. Disana adalah tempat yang pastinya kekal buat selamanya, tiada kepura puraan, kesandiwara.

Adakah setelah Allah menjemput  diantara kita yang Allah sayangi untuk mengadapnya, barulah insan insan ingin sedar? Damailah insan,  damailah dari persengketaan yang tak berfaedaah ini  lagi tak bermanafaat. Damailah,  bangunlah dan sedarlah bahawa   kehidupan didunia ini hanya sementara. Ia adalah hanya lakonan. Dihakikatnya kita sebagai insan insan makhluk Allah tak punya ada apa pun, kita hanyalah insan yang terlalu  kerdil dan lemah tak mempunyai daya upaya,   Malulah pada Allah,  kerana penggerakkan kita, kehidupan kita, Allah yang menggerakkan, tanpa Allah siapalah kita ini. kita hanyalah menumpang dialam Allah ini. 

"…ketahuilah, dengan mengingati Allah maka tenang tenteramlah hati manusia"
*manalah dapat idea ni. semuanya dengan izinNya :) teehhhheeeee.

No comments:

Post a Comment