Sunday, 13 March 2011

sekali lagi



sekali lagi manusia tidak mengerti,
larangan Allah di dalam Al-quran,
sedangkan peringatan sudah diberi,
ini kerana leka dengan cinta dunia.

sekali lagi manusia Alpa
kesabaran ganjarannya syurga,
kenapa mesti memaksa,?
lebih baik ianya berlalu begitu saja,
kerana ada sesuatu yang indah disebaliknya.

sekali lagi aku katakan,
cinta tak semestinya memiliki,
tak semestinya cinta sekarang akan membawa ke syurga.
lebih baik gapai cinta yang Esa.


 manusia romantik hanya janji palsu,
Allah itu romantik dengan janji yang benar,
jangan hanyut dengan kata-kata palsu,
peganglah pada kata-kata yang benar.




sujud syukurlah pada Illahi
yang mengurniakan nikmat duniawi,
Alhamdulillah sentiasa terungkap di hati
memuji Allah letakkan pada keikhlasan hati
cinta Allah kekal abadi,
ragutlah DIA didalam sanubari

No comments:

Post a Comment