Friday, 15 April 2011

Jika Allah mencinta hambanya tahukah kita membalasnya?

Assalammualaikum w.b.t :) hari ni nk share satu buku dari penulisan ayah ana. nak kata baru takdelah baru sangat. renung-renungkan ^_^~

Allah mencintai kita, hambaNya.. mana nak tahu? perlu ke ada buktinya? tak cukupkah dengan rezeki yang kita telan hari-hari yakni makanan untuk perutmu kenyang dan senang hati. tak cukupkah dengan udara yang dilebarkan oleh Allah untuk seluruh penghuni bumi dan tempat tinggal yang indah-indah yang telah Allah sediakan untuk hamba-hambaNya. sungguh kita hamba yang miskin daif lagi fakir di bumi ini kerana semuanya dikurniakan oleh Allah. ini pun sebahagian kecil dari nikmat yang Allah berikan yang dapat kita rasa dan kecapi tanpa mengharapkan ketaatan kita kpd Allah.. lihat, cintanya Allah pada kita. tapi cinta kita kepada Allah dimananya dalam hati kita? adakah yang paling utama atau sebaliknya..  adakah cinta dunia dalam hatimu? tanya lah hati dan iman.,

sebagai seorang insan yang memegang title seorang muslim yang mengharapkan kecintaan kepada Allah yang Agung..apakah tugas kita sebagai hamba? selain mentaati perintah PenciptaNya tanpa menyoalkan KENAPA dan MENGAPA kena buat sedemikian?, macam atas dunia mematuhi undang-undang yang ditetapkan, undang-undang yang ditetapkan tak boleh dipersoalkan apetah untuk melanggarinya.

'dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku '
(ad-Dzariyat :56)

'Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya'
(al-Baqarah ; 195)

'Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri'
(al- Baqarah ; 22)

Yang berat terasa ringan, yang pahit terasa manis, yang sulit jadi mudah andai cinta mula membara di hati dan cinta akan membuahkan rindu. Rindu yang membara menyemarakkan semangat dan pengorbanan. siapakah yang layak mendapat pengorbanan dan cinta kita? who else. Allah.. Allah yang memberi nikmat yang tiada hentinya. hari hari.. 3600minit, 365 hari.! walaupun kita sering menyeleweng dari melaksanakan tugasNya..
semailah benih keimanan dalam jiwa, siramilahnya dengan jernihnya ketaqwaan,, suburkanlah cinta kepadaNya. semoga kita sentiasa dibawah naungan redho dan cinta serta kasihNya.. insyaAllah.



No comments:

Post a Comment