Friday, 15 April 2011

mereka sinar bahagia buatku..


Walaupun umi dan ayahku bukanlah insan sempurna, tapi mereka sudah menyempurnakan hidupku
^_^

ayahku, walaupun sentiasa ada kekacauan dan bebabanan dalam hidupmu tetapi tawamu bersama kami telah mengubati hatimu itu. walaupun kini semakin berat tanggungjawabmu..senyum hingga kelihatan gigimu adalah penawar duka. payah untuk aku lihat dirimu bermasam durjana. tapi ku tahu di sebalik tirai kehidupanmu, tersirat seribu kisah. mungkin kesabaran dalam sanubarimu yang dikurniakan Allah belum lagi luntur.
sunnguh ayahku bukan insan sempurna, ada ketika membuat kesilapan, tersilap langkah dalam membuat keputusan. kadang-kadang keputusannya tak disenangi. tak sangka diri ini tempat untuknya mengatakan kenapa dan mengapa. demi Allah, hatiku menangis mendengar wahai ayahku..
semoga Allah memberi kebahagian dan barakah serta petunjuk setiap waktu dalam hidupmu..

umiku, permaisuri untuk ku..sentiasa ketawa dalam apa jua keadaan. mungkin juga itu kekuatan untuknya. nobody know. even me. walaupun leterannya ada kala mambuat hatiku tersinggung. aku tetap mendengar dan diam je. tak berani nak berungkap kembali pastinya diri ini kalah. walaupun lisannya tak tersusun, aku mengerti setiap maksudnya itu. umiku, tegap hatinya menempuh ranjau hidup ini, terkadang kelihatan ingin kecundang. Allah tu Maha Kaya memberi umiku ketabahan tanpa disedari umi sendiri. bebanannya berkurang dan bertambah, sedih gembira silih berganti. tak pernah diriku lihat air mata bergelinangan di depanku. kuat sungguh umi ku. suatu malam, terkedu aku mendengar esakkan umi. mingkin saja dia sedang mengadu pada Allah. tak tahan telinga mendengar, air mataku turut menghujani di dalam selimut malamku.
ya Allah,
Kau makbulkanlah apa-apa yang dipanjatkan oleh umiku..


dalam seribu kekurangan yang dalam diri mereka terserlah bermillion kebaikan dalam diri mereka
dalam kesedihan dan kegembiraan hidup aku bersama mereka terus ku jadikan catatan novel hayat untukku.
sungguhpun dunia ini tak mengerti kehidupanku, hanya aku dan Tuhan yang Esa yang tahu.

No comments:

Post a Comment