Tuesday, 21 June 2011

antara harapan & cita-cita

Assalammualaikum akhowat & ikwan , pembaca & pem blogger.. terima kasih sudi bertandang ke blog ana yang kian kehilangan idea untuk dihiasi dengan warnannya yang menarik, headernya yang tak cantik.. maaflah yek??

apa khabar iman kita hari ini?
naik atau turun?
moga ia dalam kedudukan yang terbaik..

soalan yang ingin ana kupas dan carik untuk diri ana, adalah tentang harapan & cita-cita.
dari mula masuk ke menengah atas..cita-cita yang ana tanam adalah jadi seorang engineer. namun masih suburkah benih itu? dengan mendapat jadi engineerlah.. duit banyak ,dapt sara umi dengan ayah..

tapi..

harapan kedua umi dan ayah ialah ingin melihat anak gadisnya menjadi seorang hafizah..mengkhatamkan 30 juzu al-quran. dengan ijazah tulahh dapt ana hadiahkan makhota yang sinarnya lebih dari sang matahari di akhirat kelak. itulah yang mungkin menjamin keselamatan di dunia & akhirat..

jatuh dan bangunnya saham untuk akhirat,
turun dan naiknya iman 
masihkah hati ini untuk kemewahan dunia?
gembirakah ibu  bapa?
bakal berkecai harapan umi & ayah melihat anaknya gagal menempuh laut nafsu dirinya..
(nauzubillahiminzalik)

'dunia perlu seimbang dengan akhirat'
tulah kata-kata yang ana dengar..

sedangkan akhirat tu lebih penting..
nilah kata-kata yang ana dengar juga. tapi memilih akhirat tu lebih baik..sure!!

harapan ummi & ayah :

- mawar yang mekar dengan akhlak yang indah
-gadis yang menjaga peribadinya, keluarganya
-mengisi kesunyian rumah dengan zikrullah.
-menghafaz al-quran kerana-Nya..
-rajin perbaiki kelemahan..hari ini menjadi baik dari yang semalam..
-sentiasa qannah dalam diri
-menetapkan keputusan dalam diri
dan banyak lagi...... 

itu yang ana tahu, yang belum ana tahu??
Wallahu'alam..

umi, maaf andai diri tak mampu memenuhi kehendakmu,
ayah, maaf andai belum terjawap lagi persoalanmu..
maaf umi & ayah, kerana menanti jawapn dariku..
ku menunggu petunjukNya..
ku harapkan ketebalan kesabaranmu masih ada untukku..
terima kasih kerana memberi 'chance' dalam memilih hala tuju hidupku....


No comments:

Post a Comment