Friday, 17 June 2011

kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka?


Kenapa Allah ciptakan Syurga dan Neraka?

Dalam sebuah kelas diberikan homework yang melambak dan disuruh menyiapkan dalam masa seminggu. Selepas seminggu, ada pelajar yang Berjaya menyiapkannya mendapat pujian dari cikgu dan ada yang masih terlopong-lopong homeworknya dikenakan denda dari cikgu. Pujian itulah ganjaran dan denda itulah hukuman.
Itulah gambarannya, jika kita melakukan kebaikan maka bergembiralah,syurga sebagai ganjaran mereka dan jika melakukan kejahatan dan keburukkan maka nerakalah hukumannya.
Allah menjadikan syurga dan neraka adalah hanya sebagai ujian.syurga dan neraka adalah tempat bagi memilih sesiapa yang terbaik dan layak menjadi penghuninya. Allah menmberi kita chance yang sama pada semua makhlukNya. Allah menganugerahkan kita akal untuk berfikir dan bebas memilih antara jalan kesesatan mahupun jalan kebaikan.sesiapa yang memilih jalan kebaikan dan dia akan mendapatkan syurga yang menjadi idaman seluruh hamba-hambaNya dan bagi mereka memilih kejahatan akan mendapat rasa kepanasan neraka. Allaahhhhh.!!

‘disebabkan syaitan yang direjam tulah yang buat aku banyak maksiat!!’
Sahabatku sekalian syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut manusia supaya mengingkari perintah Allah tetapi keputusannya berada di tangan kita.
Allah berfirman;
dan syaitan berkata ketika selesai diazab, “Allah menjanjikan kepadamu yang benar, dan akupun menjanjikan kepadamu tetapi aku ingkar. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu,melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematui seruanku.oleh sebab itu, janganlah kamu mencerca aku tetapi cercalah dirimu sendiri.”’
(Surah Ibrahim, ayat 22)
Allah tak pernah menzalimi manusia. Setiap perbuatan yang dilakukan sama ada baik mahupun jahat akan mendapat balasan yang setimpal. Allah kata dalam Al-quran;

sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah , dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakan dan member pahala yang besar’
(Surah an-nisa, ayat 40)

Ya Allah ,
sungguh kami telah menzalimi diri kami sendiri selama ini..
Ampunkanlah dosa-dosa kami ya Rahim.. kami hamba-hambuMu yang lemah kerdil lagi hina .sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.

No comments:

Post a Comment