Friday, 17 June 2011

mengertilah!


Ana..
dilahirkan sebagai insan biasa yang punya hati dan keingginan.
untuk menjadi terbaik. mengubah kedudukan ilmu Allah itu dari satu tingkat ke tingkat yang lain.
fahamilah diriku ini yang kehausan ilmu.. menagih ilmu..
harapanku agar ilmu itu dapat dikongsi bersama dan diamalkan..
ana sudah jatuh hati dengan suasana yang penuh pengisian ilmiahnya disana

melampaukah diri ini untuk meringankan ilmu untuk dunia dan memberatkan ilmu untuk akhirat?
mengapakah ia mendapat canggahan dari pandangan di luar sana??
MENGAPA!
'kalau takde kerjaya macam mana nak bayar tu bayar ini'
'kalau takde spm cane nak masuk U?'
mengapa perlu bimbang sedangkan memilih jalan Allah itu adalah paling menyenangkan jiwa.
pesanan untuk ku, tak perlu bimbang kesusahan dan kesenangan mana yang akan kita hadapi,
inilah dia, duri duri di depan jalan untuk mencari ilmu Allah.. 

jujur dari hatiku, mungkin jiwa untuk disini makin luntur warna-warnanya.
tiada teman seperjuangan yang seiring dengan misi 'para pencari Tuhan.'
andai aku teruskan disini tapi tiada ketenangan jiwa.. kesianlah jiwaku yang ketandusan ilmu ini.
kebanyakkannya teman lebih mahu seronoknya taman hiburan.
2 dari 10 orang yang sedang bermujahadah..
yang lainnya.. turutkan nafsu.
 
dari gerak, tingkahku ini.. mungkin tidak rasa ketaranya,
tapi hati ini berzikir untuk diampunkan dosa-dosa yang dilakukan..
 
lihat dari pancaran wajah ayahku, mengharapkan ana ke sana.
lihat dari kesenangan hati umiku, apabila hasratku tulus.
sanggupkah ana menghampakan mereka?
sanggupkah ana membiarkan hati ini kekeringan?

ya Allah.. berilah mereka pengertian dan bukakanlah hati mereka dengan hasratku ini.
sungguh ia suatu kebaikan .!!

No comments:

Post a Comment