Saturday, 16 July 2011

aku bukan serikandi solehah

dengan nama Allah yang menciptakan diri ana ini..

sudah berkali ingin mecoretkan kata-kata tentang seorang 'serikandi' ini , tiap kali tangan ini mula untuk berbicara tika itulah bait-bait ini tidak terukir indah. apabila ia tidak terungkap tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kalam-kalam yang terpendam sepi.

gelaran terindah telah dikurnia dari sahabat SERIKANDI, tercipta ketika zaman Rasulullah. memperjuangkan agama tercinta , Islam. tapi 'serikandi' ini masih lemah imannya..tak sekuat SERIKANDI islam yang lain. kecil sungguh 'serikandi' ini. SERIKANDI islam sudah tentu syurga buat mereka, tetapi 'serikandi' ini? segalanya atas iman wa taqwa.. dimanakah tahap iman 'serikandi' ini? taqwanya bagaimana?

tapi syukur ku panjatkan padaMu ya Allah.. kau sering meningatkan aku itu dan ini dalam khayalan tak semenaku ini. Engkau sering bicara padaku tentang kesabaran dan keikhlasan dalam hayyat ku ini, tandanya ku masih belayar dalam ranjau dunia fana. walhal berkali aku ingin tersungkur di pertengahan jalan. Kau menghulurkan pertolonganMu  pada hamba-hambaMu tanpa mengharapkan balasan walaupun setitis air di bumi.

nafsusku sering menjadi petunjuk ketika hati ini lemah menjalani dugaan.. sesungguhnya kekuatan bayangan hikmah mujahadah itu sering menjadi nota di fikiranku. KUATKAN AKU ,TUHAN! siapalah aku..hanya hamba yang tak sempurna lagi hina. hanya pada Dia aku meminta segalanya untuk diri yang tercipta olehNya.

title BIDADARI SYURGA, tulah idaman semua wanita di dunia..namun adakah aku menjadi bidadari dunia yang dikata syurga tetapi sebaliknya aku bukan bidadari syurga untuk syurga. jauhilah aku dari kecantikkan seorang bidadari dunia ini, aku ingin bidadari syurga yang baik fe'elnya, sering mengajak sahabat sekeliling ingat pada Illahi.. berbekalkan ilmu yang sedikit ini ingin ku kongsi bersama mereka, menjadi bidadari yang taat pada Allah.. Demi Tuhan yang Maha pemurah, ku ingin redoNya atas semua ini. sesungguhnya aku jauh dari semua itu.. serikandi yang terpilih peribadinya menjadi contoh ikutan..

Demi Allah..aku kagum dengan serikandi islam ini..berani menempuh ke medan perang demi cintanya untuk Rasulullah dan jiwa untuk Islam.. dialah KHAULAH AL-AZWAR..


inginku titipkan jua buat sahabatku agar mereka bakal menjadi serikandi buat ayah dan bonda, untuk jiwa mereka..untuk Pencipta aku dan mereka.. biarkan kekurangan asalkan kekurangan menjadi kita lebih kuat dari masa silam..

wallahua'alam ^^

No comments:

Post a Comment