Friday, 22 July 2011

aku merinduinya ya Tuhan

suara hadad alwi mengisi kesunyian di petang hari bertemankan novel terbaru karya zaid akhtar.. salju sakinah. sambil menunggu kepulangan umi.. tetiba terdetik dihati mengenangkan mimpi semalam.. semalam, ana mimpikan seseorang yang sudah lama tak ketemu.. kain baldu hitam yang menutupi wajah putih sucinya terbayang di fikiran ana.. nak baca tak apa yang ana mimpi?

mimpi ini bermula ketika kaki ini mengunjung sebuah majlis agama entah dimana. melihat orang ramai berkerumun di bahagian muslimat menantikan slot ceramah. ketika melihat muslimat yang lain.. tetiba datang kepadaku seorang gadis bepurdah.. yeah, she is my sister..cik cda.. terus hati ini teringatkan kak puteri. mana dia?? tanpa teragak-agak..lantasku bertanyakan tentang kak puteriku sayang.. namun, pertanyaanku tak dijawap. hampa.. kutunggu di suatu sudut. menantikan cik cda lagi.. mungkin kak puteri akan keluar bersamanya apabila ceramah habis nanti.. hmm. penantian yang mendebarkan dek kerana kerinduan ana padanya.



namun..penantian itu sia-sia. cik cda keluar bersama teman yang lain. ana bertanyakan lagi.. cik cda suruh ana ikutnya.kemana entah.. sampai sebuah rumah yang besar, dihuni oleh ramai gadis yang bertudung labuh..berniqab sedang membacakan surah. cik cda suruh ku menunggu.. dan akhirnya datang kepadaku.. kak puteriku sayang..datang sambil melemparkan selebar senyuman bunga pagi.. lantas memelukku seeratnya.. ana menangis kerinduan.. kak puteri , ana rindu antii! dia juga turut membasahi pipinya dengan deraian air mata, basah sudah tudung labuhnya... satu persoalan ana lontarkan padanya.. bila lagi kita akan bertemu kak puteri?? insyaAllah.. di syurga Allah..  kita akan bertemu kerana cinta kita keranaNya..



mesti kalian tertanya-tanya kenapa ana menangis kerinduan.. macam apa je.
ana bersyukur pada Allah yang menemukan ana dengan kakak ini.. kerana dia sentiasa meningatkan ana tentang syurga dan neraka Allah.. sungguh mimpi itu meninggalkan kesan. eee, rindu kak puteri!!
siapa kak puteri ni?? dialah serikandiku.. yang seriring dengan ana menghafal quran. :))



ya Allah..sampaikanlah salam rinduku padanya..
dekatkanlah hati kami denganMu..
jadikanlah hanya mati perpisahan di dunia.
pertemukan kembali kami di syurga.
semoga dialah sahabat didunia dan bersama dia aku menuju syurgaMu..
Allahuma amin....

No comments:

Post a Comment