Sunday, 24 July 2011

antara sahabat dan kawan..apa bezanya?

Salam rindu dari si gadis comel, secomel arnab dan kucing >,<

Assalammua'alaikum ^_^ sahabat kawan teman friends.

apa itu sahabat..? bagi ana sahabat adalah pendamping dikala suka duka, sering menjadi  tempat meluah rasa, orang yang kita mampu meletakkan kepercayaan melainkan seorang sahabat.. meminta nasihat yang menunjukkan jalan penyelesaian. mengajak kepada kebaikan..apabila melihat wajah sahabat, ingat pada ya Rabbi. kalau guru-guru bicara tentang kisah nabi ,pasti ade kaitan dengan SAHABAT nabi. contohnya As-Siddiq sahabat setia.. sanggup sakit kerana Rasullulah dalam peristiwa hijrah dalam gua Thur.. ada seekor ular datang, tapi As-Siddiq merelakan dirinya disengat oleh ular itu sehingga menitis air matanya demi melindungi Nabi.. Subhanallah.. !see.. itulah sahabat..saling melindungi. sayang menyanyangi.. 

kawan pula? bagi pandangan ana kawan ni serupa je lahh kan, tapi ikatan kita dengan kawan agak kurang sikit namun ukhwah tu masih berlegar dalam talian silaturahim. kawan ni seperti biskut sekejap ada.. sekejap ada. ada kawan yang makan kawan.. saling jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah.. ia sama seperti memakan daging SAUDARA sendiri. sanggupkah kita? namun perkara itu macam biasa. ia juga berlaku pada ana.. sampaikan rasa nak bagi free kick kat orang yang kita tak suka tu. itulah kekurangan manusia, nak membenci tu senang kerana sudah termakan dengan bisikan halus syaiton .. syaitan ni dengki bila silaturahim itu terjalin atas dasar cinta kerana Allah maka dia berusaha nak memecah belahkan.. namun nak sayangkan orang kerana Allah..susah kerana benci yang ada dalam hati. inilah apa yang terjadi. itulah kawan..kadang-kadang dia baik dengan kita kadang-kadang dia menimbulkan rasa menyampah. hmmm... itu pada pandangan ana lahh. ia bergantung pada individu juga. namun Islam tak galakkan permusuhan yeww. 


jadikanlah sahabat mahupun kawan sebagai wadah tempat kita menyemai kasih sayang untuk membina ukhwah keranaNya.. dan ajaklah kawan sahabat kita ingat padaNya..agar bersama-sama kita berjumpa di jannah Allah.. InsyaAllah.. kawan dan sahabat adalah sama namun yang membezakan hati dan taqwanya pada Allah.. :))

uhibukum fillah !

No comments:

Post a Comment