Saturday, 23 July 2011

apabila hati kenal Allah



apabila hati ini kenal keluhuran Allah ..
terasa diri dekat dengan sisiNya..
maka, mengharapkan redhoNya..
ingin rasa setitis kesejukkan cintaNya agar makin kuat mendaki mencariNya al Quddus.
walaupun petir taufan membadai jalan pendakian hidup..
namun keyakinan terhadap TauhidNya.
 menjadi penguat ketika imtihan dariNya datang tak diduga.

aroma kerinduan untuk sujud padaNya kembali setelah berjam-jam masygul dengan urusan dunia.
kalimat yang menusuk jiwa terasa Allah seperti berada dekat dengan diri kita.
ingatlah! Dia Al-Baqi' sentiasa dekat dengan kita, cuma manusia itu tidak merasakannya.
selangkah datang menghadapNya.. seribu langkah Dia datang kepada hambaNya..
sungguh.. kasihMu tiada berbelah bagi..

beruntungnya aku kerana kenal denganMu..
makin ku ingin mneyebut namaMu yang indah..
sehingga bisa mengalirkan jernihnya air mataku..kerna aku hanya hamba yang HINA!
makinku ingin mencintaiMu..kerna ni'mat yang telah Kau limpahkan.

apabila hati ini mengenalMu..
segala menah yang Kau berikan..
ku terima kerana Kau memberikannya bukan tiada erti..
namun penuh seribu kata..seribu makna..seribu hikmah,
yang tidak hambaMu ketahui..
Engkau Maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.
walaupun punya keperitan yang menikam, tetapi kemanisan hikmahnya tidak terperi.

apabila hati mengenal Allah..
segala perintahNya ingin kita lakukan sendiri tanpa dipaksa.
kerana kita tahu.. membangun dari khayalan hidup fana' dan menjalankan tanggungjawab pada Tuhan adalah keuntunggan buat kita juga.
namun, berapa ramaikah yang sedar?  Allah..
ketahuilah nilai akhirat adalah lebih mahal harganya..! andai ingin membandingkan nilai dunia ini..ish. si fakir pun mampu membeli. pelik? bagaimana dia boleh membeli dunia sedangkan tiada dinar ditangannya.. haaa, si fakir mampu membeli dunia dengan nafsu yang ada.. membeli keseronokkan, membeli hiburan..membeli noda manusia..bukankah itu sebahagian dari dunia ?
renungkanlah.. sebab itu, hati perlu mengenal Tuhan.. agar terpelihara dari noda-noda hitam dunia. hidup di dunia berpaksikan Allah.. pastinya yang tinggal insan yang sebersih kain baldu putih.. bukankah begitu?

marilah kenal Tuhan, agar kita mengenal hati dan jiwa yang ada.. semoga dengannya kita perolehi kemudahan dunia mahupun akhirat...

wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment