Friday, 15 July 2011

bahangnya sudah terasa.

Assalammua'alaikum , selamat malam yang penuh kedinginan ini.

hujan turun mencurah hari ini, hikmahnya..udara normal kembali, kankan? Alhamdulillah ya rabbi. kalau tidak ,jerebu itu mesesak kami, menangis penafasan kami. kalau tidak kerana kekuasaan-Nya tidak mungkin kita masih menghirup udara yang elok lagi molek hari ini.



mulalahh manusia menanti kehadirannya, tetamu teristimewa bakal bertandang ke dalam episod hidup semua insaniah. kehadirannya membawa hadiah dari Allah.. sangat istimewa, tiada terjual dan dibeli hanya dapat dibeli dengan keimanan di dada. siapakah gerangannya wahai sahabat yang ku sayangi? dialah sahabat jauh kita, sudah lama yang meninggalkan kita tahun yang lalu..kini kita bertemu dengannya.

ya RAMADHAN.kami merinduimu..sungguh menantikan kehadiranmu adalah satu penantian yang sangat diharapkan, moga dengan umur yang dipinjamkan Allah ini dapat kami bertemu denganmu.

ya Ramadhan,
yang bakal bertamu dihati manusia..
tiada yang teristimewa selain dia..
yang datangnya dari Illahi..
hadirnya membawa barakah wa rahmah..
untuk kita.. umat Baginda.

apa yang istimewa sangat RAMADHAN sahabat kita ni ??

bulan ramadhan ini, Allah memerintahkan wajib ke atas umat islam berpuasa.
Firman Allah dalam surah Al-baqarah :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atasorang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa . (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya bevpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak beupuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui "

(Al-Baqarah: 183-184)

Puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenan sang suria (matahari). puasa itu sendiri mendidik kita untuk BERMUJAHADAH melawan dari perkara yang dilarang ketika berpuasa di siang hari. tak bermakna malam itu memenuhi kehendak nafsu macam sebelum ini.. qiyam ramadhan dengan tarawih. eee, seronoknya!!! jemaah reramai, penuh je surau kat depan rumah ni.

puasa juga mendatangkan kebaikan kepada sang perokok,  dengan ini mereka itu semua dapat berhenti daripada menghisap batang rokok yang bisa mendatangkan kemudaratan. berhentilah merokok yee, walaupun ia susah tapi niatkan : lillahi ta'ala. insyaAllah..Allah akan gantikan rutin merokok tu kepada rutin harian yg lebih baik.

bukan tu jehh, kita dapat merasa macam mana fakir miskin yang berlapar kerana tiada wang untuk membeli makanan, hanya makan sekadarnya saje. kita? dengan ayam goleknya, rendang , lazania..pasta, ya Allah...sedapnya. dorang makan nasi dengan kicap ade makan dengan garam. ( tengok bersamamu ). kita patut bersyukur atas rezeki yg Allah bagi kpd keluarga kita. kesenangan kat dunia ni semuanya datang dari Allah.. sahabat..hari-hari kita makan benda sedap. sekurangnya kita dapat merasa kan, macam mana fakir miskin berlapar.

Puasa benteng NAFSU.
sebab tulahh Rasulullah menjadikan puasa ni, benteng dari melakukan benda-benda munkar sedangkan nabi tu dah maksum lagi suci. sama juga, Baginda bertaubat sedangkan dia sudah maksum tiada dosa. itulah sifat seorang hamba yang sebenar, tapi kita.. jauhnya..

specialnya ada LAILATUL QADR. dalam sepuluh malam terakhir :))

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "

 (Al-Qadr: 1-5),

untuk siapa yang yang buat qiyamulail dalam sepuluh malam yang terakhir ini. LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN. belum tentulah kita dapat hidup seribun bulan tu. besar fadhilatnya. rebut-rebutlahh. selalunya tarikh2 yang ganjil, sebab mana-mana masjid buat macam itu. Allah kan suka nombor ganjil :))

ingat tak perang badar?? yang matinya abu jahal bapa saudaranya Nabi? haa. peperangan itu berlaku pada bulan ramadhan.. dengan semangat jihad mereka yang tinggi, mereka tempuh juga demi menegakkan ISLAM agamaku..agama Allah. dengan tekak yang kering, perut yang kosong.. subhanallah..

sebagai penutup ana nak kata ana RINDU  nak sahur.. RINDU nak berbuka denga keluarga, kawan-kawan, RINDU nak terawih. RINDU nak makang kurma. RINDU nak tadarus Quran.  lagi 3 minggu nak sambut ramadhan. maka, sambutlahh tetamu kita ni denga persedian iman supaya terhadangnya nafsu kita.


wallahua'alam :))

No comments:

Post a Comment