Tuesday, 19 July 2011

boleh buat maksiat tapi ada syarat..

Assalammu'alaikum, selamat petang dari gadis yang pemalu ini :))

pernah dengar ke korang nak buat maksiat boleh.. tapi ada syarat? nak tahu? mesti korang excited kan kan.. hmm.

Dalam kitab al-tazkirah fi ahwal al-Mawta wa umur al-Akhirah oleh imam Al-qurtubi telah dikisahkan tentang seorang lelaki yg dlm perjalanan mencari nur hidayah bersama seorang sufi hebat ; Ibrahim Adham.
beliau bertanyakan kepada Ibrahim Adham : apakah ada ruang untukku melakukan maksiat.
maka jawap Ibrahim Adham : kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :

Syarat pertama

JANGAN KAMU MAKAN REZEKI ALLAH..
kerana tak layak org yang makan rezeki Allah dan derhaka kepadaNya.

Syarat kedua


JANGAN KAMU TINGGAL DIBUMI ALLAH..
kerana tak layak org yang melakukan maksiat tinggal dibumi Allah.

Syarat ketiga

BUATLAH MAKSIAT ditempat yang Allah tak dapat melihatnya.

Syarat keempat

andai MALAIKAT MAUT datang untuk mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut itu untuk menangguhkan masa lagi supaya dapat kau bertaubat. sekiranya kau berjaya melakukan itu.. dipersilakan untuk melakukan maksiat.

Syarat kelima

sekiranya MALAIKAT ZABANIAH PENJAGA NERAKA DATANG, mahu mengheretmu ke neraka..maka katakan kepadanya bhwa kamu tdk akan mengikutinya. sekiranya kau dapat berbuat demikian.. dipersilakan untuk melakukan maksiat.

setelah mendengar kata-kata itu, lelaki itu terus menangis teresak-esak kerana dia sedar bhwa dia tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Akhirnya, lelaki itu bertemu dengan cahaya hidayah lalu dia bertaubat dgn bersungguh-sungguh sejak itu, dia segara menuntut ilmu dan beramal soleh.

semikian lahh al-kisah seorang pemuda.. andai ada planet lain yang tidak diciptakan Allah, maka layaklah engkau menghuninya. makan dari sumber selain Allah.. hari perhitungan juga bukan ditangan Allah. mantapkanlah akidah kita, untuk mengatakan Allah itu SATU, Esa.. cukuplah bumi ini untuk hambaNya..

notakakiku : pesanan untuk diri sendiri juga PERINGATAN!

sekian :)) wallahua'alam ^^

No comments:

Post a Comment