Wednesday, 20 July 2011

indah ku berpuitis

puisi indah kutitipkan sambil merenung ke langit Illahi .. ( pensyair arab)

sesetengah orang tak suka sastera mahupun puisi-puisi yang dekat anggapannya dengan JIWANG karat.
pada mulanya, otak fikiranku memang tak suka membaca apatah lagi mengukir isi-isi indah yang melayan jiwa.
tetiba semenjak beberapa bulan yang lalu, tabiat membaca telah mengisi ruang kosong masaku. timbul rasa ingin mengarang sesuatu yang best. cukuplah rintihanku pada Tuhan, puisi juga doa bagiku.


melihat..berfikir dan mentafsir. cewahh..bertafsir weh, kuikui. itulah datangnya idea untuk mengarang. kekadang,  segala hasrat terpendam ku curahkan di atas sekeping kertas berbentuk tulisan. kekadang curahan perasaan tak dapat diungkap dengan dua bibirku.. dan jalan sebaiknya, ku curahkan sebegini. tanpa menggunakan carutan, makian, rekaan yang tak semena.. tetapi diri ini tak mudah untuk meluahkan perasaan, untunglah sesiapa yang kucurahkan kata-kata hati buatnya.. tandanya 'aku mempercayai ketulusanmu..maka ku amanahkan kata-kataku kepadamu'. jagalah ianya..mudahan, selagi kau memegangnya..Allah memberkati lagi kehidupanmu. begitu juga aku.. segala amanah diberikan kpd aku, kumulai telan ke dalam perutku. hehe.

apabila aku mula berkias-kias mengunakan ombak, awan dan ciptaan Illahi..kurasa kepuasan walaupun tak diungkap. ianya sebahagian nota ,diari..hmm..catatan hati seorang hamba.ya, SATU KEPUASAN. orang lain ada cara masing-masing untuk melepaskan perasaan.. kan? diri ini memilih untuk menulis w/pun tak sehebat mana..namun kucuba.

ayahku berkata : bakal penyambung legasi ayah.. hekhek.

wahh.. mungkin bakat ni diturunkan oleh ayahku. namun segalanya ILHAM ALLAH..kalau tidak, mana kan ku dapat idea untuk mengarang. kankan?

kumohon pada Tuhan yang menurunkan kalimah-kalimah indah turun kebumi untuk dijadikan pedoman umat manusia.. kumohon, agar caraku menulis ini dapat kebaikan dan manfaat buatku dan pembaca.. agar suatu masa dapat aku menulis untuk menegakkan addinku..Islam dengan rasa mahabbahku dan keihklasanku.

*notakakiku : puitis puisiku tak lah seindah mana, tapi itu suatu kepuasan. kalau rasa tak best.. saya tak kesah (n_n)

wallahua'alam.
Assalammua'alaikum :))

No comments:

Post a Comment