Sunday, 24 July 2011

indahnya embun pagi

kesejukkan bayu pagi membawa ketenangan mata dan jiwa,
melihat lambaian pokok dibawa angin yang indah..
melenyapkan aku dalam lamunan ciptaanNya..

wahai pagi.. engkau juga sepertiku..
diciptakan olehNya..
untuk mengabdikan pada Sang Pencipta..
engkau dicipta untuk buat manusia keluar mencari rezeki dariNya..
mengaut khazanah Tuhan.. untuk menyemai bakalan di dunia..untuk akhirat

wahai angin.. engkau juga sepertiku..
diciptakan juga olehNya..Al-Hakim..
engkau dicipta untuk memberikan udara pada manusia demi Tuhan yang mencipta..
berbaktinya engkau pada kami..
tanpa engkau angin bayu.. masa kan kami masih hidup di muka bumi..
sungguh Allah itu bijaksana Maha mengerti.. mengurniakan apa yang hambaNya perlukan dalam hidup ini.

No comments:

Post a Comment