Thursday, 28 July 2011

kenapa kau pakai tudung labuh ?

suatu pagi yang dihujani rahmat Tuhan dengan menurunkan ribuan hujan.. menyejukkan susuk badan ini.
langkah disusun mendaki ke tangga yang semakin ditelan zaman , sejak aku lahir tangga ini telah wujud di sekolah ini.. 'tangga, utuh lagi kau buat kami untuk turun dan naik dengan mudah' mengomel ana sendirian sambil melanguk ke tingkat kelasnya. setiba di kelas, budak-budak dah mula bising. sudah menjadi kebiasaan kelas ana itu memang budaknya suka senaman mulut sentiasa. tak habis bercerita. sampai tiada sebab untuk gelak. haih..

loceng sekolah yang makin semput itu pun mengendangkan bunyinya bak orang tua yang uzur mengalunkan lagu, 'sedih aku dengar loceng sekolah ni' mengadu ana pada mizan. 'untung lah tudung baru..hahah' usik si mizan apabila perasan ana memakai tudung baru. 'eee, ayah aku yang belikan lahh' dengus ana sambil memalingkan pandangannya. tangga yang mencerun itu kami turuni menuju ke dewan yang berukuran sederhana luasnya. cukuplah buat penghuni DBTRIEN berkumpul disitu, sebelum ini kami berkumpul di dataran ceria sebagai tapak perhimpunan. namun ada renovation di dataran itu, makanya, dewan sebagai ganti. bim datang dari belakang juga perasan dengan tudung baru ana. ' ustazah...' usik bim. 'eh, jangan panggil macam tulahh' bangkang ana yang tak selesa dengan gelaran itu tak bermakna manusia yang pakai tudung besar ni ustazah. ' ustazah ni mulia taw..' tambah si bim. 'aku tak layak untuk dapat gelaran tu lagi, masih mentah dan ilmu di dada teramat sikit' bisik hati kecil ana.

ehh sekian jelah carpen yang tak best di atas, heee. cobaan pertama je nih. haa.. sambung lagi ye. sampai waktu rehat tiba, ada seorang budak lelaki ni tegur ana masa nak beli air. 'ehh, sejak bila kau pakai tudung labuh? nak jadi ustazah ek?' ana hanya diam membisu. ditanya lagi ' asal kau pakai tudung labuh? ' 'sebab aku nak' ana jawap laju dan pergi dari situ. abang kantin tu pun lambat sangat bagi air. hmm. lepas tu ramai pula yang tegur lepas budak laki tu. mungkin mereka nak tahu sangat kan? bagusnya.. perihatin kalian terhadap ana kan, terima kasih..

kenapa kau pakai tudung labuh??

first, ana sendiri yang nak pakai. second , sebab ayah ana yang dah belikan takkan tak nak pakai. third , itulah yang disuruh ayah. fourth , sebab ia membuatkan hati ayah dan umi senang kerana itu yang mereka nak. fifth , ia dituntut agama untuk melabuhkan tudung


Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 





banyak istimewanya buat si pemakai kerudung labuh. bukan tudung labuh yang ela tu pun takpe, asalkan tidak menampakkan perhiasan kita. nak tahu apa istimwanya pergi sini tudung labuh

No comments:

Post a Comment