Monday, 18 July 2011

kerana cintaNya..aku sahabatmu ❤


kerana cintaNya_____aku sahabatmu..

ahh..itu hanya ayat novel saje..NAMUN ia punya isi yang tersirat bersimpul rata. Andai dirungkai mendalam maksudnya..hmm. Apa kalian mahu mengertinya??

tanpa cinta.. manusia saling benci membenci.. setuju?
tanpa cinta..manusia mungkin saling berpecah..
tanpa cinta.. manusia asing dari kehidupan.. benar?

tertanya-tanya..siapakah pemilik cinta? siapa jua yang menciptakannya?

pastinya.. Maha Agung..Allah. pencipta segala yang tercipta di dunia ini.dari sekecil hal hingg sebesar hal. Apakah engkau tidak merasakannya??

Mula dariNya lahh cinta pertama kita.. kita ditiupkan roh olehNya.. dibaluti daging juga olehNya..sejak itu cinta mula berputik kerana sifatNya yang kasih dan sayang akan hambanya yang tercipta yang telah dimuliakan.. dan sebaik-baik pencipta adalah..kita, Manusia. cintaNya mula menusuk ke jiwa kita apabila kita mula mengenal sifatnya..kekuasaanya..
Penciptaku..Ar-Rahman..Penciptaku..Ar-Rahim.. Penciptaku..Ar-Razak..Penciptaku..yang tidak tuli.
dialah cinta pertama dan darinya saluran cinta kita pada Ar-Rasul..ibubapa, keluarga.. Alam.. haiwan.
dan sahabatku jua..saudaraku.

Apabila cinta itu sudah dirasa..
ingin pula ku cari yang menerima cintaku.. saudara islamku.
seperti AS-SIDDIQ sahabat setia Rasulku..
namun cukuplah bersamaku dalam perjuangan di medan ilmu.. andai lebih itulah kasihmu atas diriku.
dengan izin Allah.. aku ketemu kalian dalam onak duri. ada mawar nan indah tersembunyi rapi.
kuanggap kalian saudara denganku kerana Islam yang menyatukan ukhwah kita ..
sungguh inilah cinta dariNya juga.
dan kerana cintaNya.. aku bersahabat denganmu..
tanpa cintanNya..siapalah aku untuk menerima cinta kalian untuk bersahabat? :))





heee. mereka bukanlah insan sempurna seperti ana juga, sungguh kami hamba Allah..
penuh kekurangan .

na.. wa ilalilqo'.
ya Allah..rahmati dan berkati jalinan ukwah kami.
semoga mereka sahabat duniaku dan syurgaku ..

No comments:

Post a Comment