Thursday, 21 July 2011

kesian kaum adam

‎...Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Assalammua'alaikum dari pengemis cinta Tuhan..

baca dah kan hadis di atas? nauzubillah.. antara cita-cita adalah ingin bau harum mewanginya syurga Allah itu. namun disebabkan pakaian yang merosakkan itulah yang akan memunahkan cita-cita ana. ini juga sebahagian peringatan buat mujahidah kesayangan ana, tertutama sahbat ana yang dikasihi juga peringatan buat diri yang hina ni pung. ana pun masih perbaiki pemakaian ana.. agar ia tak menarik perhatian lelaki ajnabi. hih

apa yang dimaksudkan berpakaian tetapi telanjang? maknanya..pakaiannya tidak mengikut lunas serta mengikut syara'. aurat wanita itu seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. cara yang betul adalah:



 namun, wanita zaman milinium lagi maju ni.. pakaian mereka hingga nampak kulit, pakaiannya nipis bak jala ikan. bajunya ketat mengikut badan.. ada juga yang keluar berjalan memakai seluar atas lutut sampai tak dapat nak membezakan ISLAM atau BUKAN tapi muka memang makan sambal tempoyak. bila lihat mreke.. lihat pula diri yang hina ni. Allah..  fesyen sekrang banyak pengaruh dari barat dan menagungkan gaya mereka..memuja bagai..kata fesyen mereka yang seksa itu trend ada style.. podaah. *mengutip dari kata cikgu jarsh.

bukan niat untuk menghina atau mecemoh wanita sebegini, TIDAK sama sekali namun.. ingin meningatkan tentang apa yang disuruh Allah..
mengajak untuk berfikir tentang ancaman Allah. kenapa Allah perintahkan kita , wanita untuk menutup aurat..antaranya ialah kerana melindungi diri dari lelaki yang __. kenapa mereka? kerana punya nafsu yang tinggi terhadap wanita.. wanita itu sendiri yang menjebak dirinya untuk diperkosa dan menyalahkan juga si fulan. tetapi apakah puncanya kalau tidak cara dia berpakaian. lihatlah, yang bertudung juga diperkosa apatah lagi yang memakai pakaian yang tak berapa nak cukup kain . iman seorang itu tergoda kerana seorang perempuan yang menghaorahkan. kasihan kaum adam.. iman mereka kekadang goyah,beruntunglah kaum adam yang kuat talinya dengan Allah..

itulah segelintir apa yang ana lihat di dunia hiburan serta dari berita. syukurlah pada Allah yang sudah memberi hidayah,.
kebanyakkan artis kini mula yang dah bertudung. semoga diistiqomahkan,,itulah satu bentuk hijrah,,perubahan.. tak kurang juga kawan sekolah ana ada yang mula sedar apa gunanya menutup aurat. kelebihannya...hikmahnya.

 yang tertutup itulah lebih baik.




mujahidahku.. sahabatku..JOM!



No comments:

Post a Comment