Tuesday, 26 July 2011

mentafsir sebuah perjalanan


di hujung sana ku berdiri..
mengenangkan perjalanan yang bermukim dalam hayyat ini.
aku pernah bersedih dan ditangis, bercinta dicintai , membenci dan dibenci..
namun apakah semua tiba saat aku hilang dari pandangan Allah..?

saat kaki melangkah ke dunia remaja..
apa yang menjadi malamat aku?
ya..sebuah kejayaan.




remaja ingin mencuba sesuatu yang baru.
tak aku nafikan.. aku suka bergambar.
ku juga cuba untuk membaca novel islamic yang ada 600 lebih muka surat.
ku juga cuba memakai tudung bidang 60..
ku juga cuba memakai purdah mahupun niqab..
ku juga cuba bermain dengan bunga-bunga puitis..
ku cuba untuk belajar secara luar biasa..
ku cuba tarbiyyah diri sebaik mungkin..
dan hasil cubaan itu.. aku merinduinya dan ingin aku istiqomahkannya dengan kekuatan yang ada.
namun.. masih banyak lagi yang belum ku terokai.. apakah itu?
itulah sebuah ketaatan aku sebagai hambaNya..
ilmu dariNya..
persis lahh aku di sebuah lautan.. yang mencelup tangan ke dalam lautan itu, yang berbaki di tangan ku itulah ilmuku...

apabila melihat manusiawi di sekeliling aku,
apa mereka lebih gembira menghabiskan bersama pacaran daripada melabuhkan masa dengan melakukan kemanfaatan..?
sedangkan aku rasa kemanfaatan itu lebih baik . 
jejak langkah ku terus mencari erti sebuah kebahagian.

zaman persekolahan merupakan cabaran bagi aku,
kerana di alam persekolahan lah terbentuknya siasah selain didikan umi dan abi..
jika tidak kuat jiwa untuk menharungi pergolakkan nafsu dek pengaruh yang negative..
maka tumbanglah intitusi siasah remaja.
namun, tidak kurang dengan pengaruh yang positive membawa kesedaran..
itulah penting mencari rakan seperjuangan dalam medan ilmu.
rakan adalah cermin bagi rakan yang lain.

keruntuhan moral remaja?? 
semakin menjadi-jadi.. bilakah penderitaan emosi remaja mula berakhir?
adakah mereka tenang dengan emosi kini?
ah...persoalan yang berlegar dalam benak aku semenjak kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi..
kenapa ini semua berlaku, Tuhan?

ini merupakan kerosakkan yang dilakukan manusia. pilu hati ini.. gadis-gadis kebanyakkannya menjual kemewahan akhirat demi menurut nafsu. apa sudah jadi? di mana letaknya malu kalian..
hal ini semua terjadi di zaman aku berdiri.. semoga kalian diberi hidayah oleh Allah yang punya kasih sayang dah rahmat meliputi langit dan bumi..

begitu juga..aku sebagai seorang anak yang ingin menyenangkan ibu bapaku sendiri setelah sekian lama membesar jiwa anak gadisnya agar terpelihara bak mawar berduri..
saat aku bertanya pada umi ku.. 

apa yang buat umi senang?
anak yang solehah..

kenapa umi?
kerana anak solehah menyenangkan lagi disenangi.

saat aku bertanya pada ayah..

apa yang ayah senang dengan akak?
akak pandai jaga diri.. peribadi akak sentiasa berubah dari buruk jadi baik..

lagi?
anak yang suka loyer buruk. T_T heheh

kuingin sebuah perjalanan ini menjadi lebih baik dan pengakhirannya juga baik...
dan pengakhiran perjalanan hidup aku dengan sebuah kebahagian di syurga bersama saudariku..
insyAllah...

No comments:

Post a Comment