Thursday, 7 July 2011

pesan untukku & untukmu

salam beremosi dari gadis yang kepenatan :)

Assalammualaikum pembuka corat-coret hari ini.. moga hari kalian diiringi rahmat ( diluar hujan rintik-rintik, rahmat juga tu ) alhamdulillah.. ^_^ . hari ini ada rocket competition, ofc lah ana masuk. hampir 3 minggu siapkan ruket ni heh. maka, hari ini hari untuk merasmikannya. pertandingan start pukul 1 stengah tadi, tapi kami (4st) dah start awal.. hee. practice je dulu. maklumlah FIRST TIME masuk menda- menda cam gini. rasa teruja tu ada lahh sikit. pada mulanya roket group ana tak berapa nak menjadi.. payung terjunku tak mau buka pula. naik tinggi menjulang tapi tak nak bukak pula. ngade-ngade -,- bila dah tak bukak tak nak naik tinggi pulak dia. -,- dugaan, ya Allah.. mujurlah 'abang' faris datang. orang dah berpengalaman mesti lahh nak menunjukkan bakat serta kemahiran yang dipelajari. juara kan? :) apa nak dikata ; terimakasih banyak banyak! sudi menolong pam dan sebagainya.. :) ringan tulang dia ni.. hee.

so, pertandingan dah start roket ana mula2 okay..sebab faris tu tolong pam kan, buat kali keduanya tak menjadi. takpelah. so, team dia menang. lepas apa yang berlaku..ehmm. masa berjalan pulang ke rumahku syurgaku ini, tersedar sesuatu.. 'kenapa mereka menang?' haa. lihatlah apa yang ku katakan, kawan-kawan

'mungkin kita rasa dengki dorang menang serta kehebatan mereka, tak disangkal lagi. mereka mungkin bakal juara bertahan kan.. kita rasa nak cepuk muka kepoyoan yang ditayangkan untuk kita. tapi siapalah kita untuk menafikan ketinggian kemahiran mereka. sudah adat pertandingan kalah dan menang. aku pun rasa benda yang sama, macam ape je kan. perlian yang memakan dalam, usus serta limpa didalam jiwa ni. ( tipu nih).. kita boleh belajar dari kesilapan, kitakan junior, first time buat mende alah ni. next time kita try lagi. dorang menang( maybe) mungkin disebabkan mereka belajar dari kesilapan sebelum ni.. bukan rezeki nama ST untuk dibawa ke mata penduduk btrien tahun ni. satu team pun jadilah. rezeki tak menyebelahi kita, mungkin Allah ingin kita sedar akan kekhilafan yang kita lakukan, dan belajar dari silap itu untuk menjadi yang lebih terbaik. insyaAllah...'

sekalung tahniah buat team yang berjaya menempa ke peringkat seterusnya. MABRUK! mana tahu dpt wakil sekolah kee? dapat harumkan nama sekolah pulak :)

*notakakiku ; maaf andai ada yang terasa. maaf bangat.. ana ikhlas meungkapkan bait-bait yang terbaik buat semua.

No comments:

Post a Comment