Friday, 29 July 2011

Saiyidul ayyam

Astagrfirullah hal'azim.. !! qhasidah istighfar menjadi halwa telinga kini..

kemulian hari jumaat meletakkanya sebagai penghulu segala hari.. pada hari ini umat manusia berkumpul di rumah Allah untuk menunaikan kewajipan sebagai HAMBA khusus bagi lelaki.

'ya Allah.. kami datang menghadapMu' berkatalah sekalian hambaNya..


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.



dan Abu hurairah meriwayatkan pada hari jumaatlah Adam iaitu makhkuk pertama diciptakan dan pada hari jumaatlah Adam dikeluarkan dari jannah Allah..

dan pada hari jumaat juga berlaku ye yaumul qiyamah ( hari kiamat ).

dan pada hari jumaat Allah mengabulkan doa hamba yang medoakan akan kebaikan. dan mukmin yang meminta pada Allah agar dilindungi daripada kejahatan..maka Allah melindunginya. berdoalah sahabatku!!

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” 

(Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

more, terdapat riwayat lain menyatakan fadhilat-fadhilatnya pada hari jumaat.. :

  • Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


notakakiku : yang lelaki shuhhh..pi solat jumaat yeww. jadilah syabab yang soleh :)


No comments:

Post a Comment