Wednesday, 27 July 2011

slowly der ..



comelkan gambar ni? to tommeyy yewww. hikhik.
apa tujuan ana mengepost gambar tomeyy ni?
actually, terkesima akan kecomelan gambar ni. namun di sebalik kecomelan yang menambat hati ini, terselit pula msj yang nak disampaikan oleh saudara kita syahirul.

sempena bulan keberkahan , ramadhan yang mulia tak sampai berapa hari ni.
didiklah diri untuk berubah kepada kebaikan.. dan yang dah baik sikit tu, jadi yang terlebih baik.
itulah msj yang nak disampaikan melalui ilustrasi comel ini.

Orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan perbuatan dosa 
(Hadis riwayat Ahmad). 

orang selalu kata : nak berubahah kena ambil masa yang panjang.


berubah dari tak pakai tudung ke pakai tudung.
dari pakai baju ketat ke pakai baju longgar.
dari pakai skirt pendek pakai skirt labuh.
dari pakai tudung pendek ke tudung labuh.
dari pakai baju tak berlengan kepada baju yang berlengan panjang.
dari suka memaki kepada suka yang beri nasihat.
dari suka bermasam muka kepada yang suka tersenyum.
Allah sayang kita jika kita mula berubah taw taw.

takpe.. slow-slow der. asalkan niat untuk berubah kepada kebaikan kerana Allah sudah. Allah itu Maha mengerti kok.
kalau perubahan secara drastik pun lagi baik, namun tak semua orang bolehkan? perlahan-lahanlah mendaki akhirnya sampai ke puncak juga.

jomlah hijrah kawan-kawanku..sahabat terchentaku. 
semoga dengannya diampuni dosa-dosa yang menhimpit jiwa llara ini
SEMOGA.. insyaAllah :))

wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment