Tuesday, 12 July 2011

surat cinta yang terindah

kalau ditanya tentang surat cinta, sure sure punyalahh ramai yang akan kata, YA, saya pernah dapat. ish, tak kira lahh dalam bentuk SMS ke SURAT LAYANG ke or POSMEN malaysia yang laju sangat, haa. POS LAJU.

mestinya lahh dalam surat cinta tu bunyi jiwang-jiwangan tak pun sekadar 'I love baby, honey, buck2' suka kan korang? mestilah dari buah hati tersayang. tak kira mommy, daddy, friends or boyfie girlfie. tapi yang nak kita hari ini bukannya surat cinta yang biasa je tuh.

kalau pak mat kedai kopi kata 'APA BARANG...?' hehe. ganas. tapi surat cinta yang terindah nian indah lagi mengindahkan serta mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan raga. wahh, banyak package tu.. mana nak? surat cinta ini tak pernah luput melainkan ia dimakan anai-anai. kenapa yee? haa.. mari mari :)

surat cinta yang terindah ini
punya bait-bait hikmah nan indah.
tak tertanding bahasanya.
punya isi tersirat dan tesirat..
tak menafikan kebijaksaan Dia.

didalam tersusun cantik,
terkandung sejarah lampau yang menjadi teladan hingga kini
tersimpan jua ilmu yang tersirat
untuk kita menggali dan mencari..
dibekalkan ilmu pula,
tak kira ilmu dunia mahupun akhirat..

didalamnya
terkandung juga hal yang bakal berlaku dan sudah berlaku.
apakah dia, tulah dia the end of the world.

didalamnya juga terkandung
pengajaran serta teguran untuk kita.
itulah tanda Dia sayang akan kita.
untung ye kitewww dapa Dia.
tapi kita selalu ke bacanya?
hmmm.

novel cinta, bersepah dalam rak buku.
sampai duit habis kat situ.
tapi surat cinta ini sekali sebulan payah nak baca.
sedangkan berapa je harga.

harga dan bilangannya tak penting,
yang penting penghayatan si baca...
bacalah dengan mata hati mata akal mata kita
supaya yang dibaca terus menusuk ke jiwa raga.



kalammullahMu ya Allah..
tak tertanding dari kalam-kalam yang diungkap indah oleh para pensyair.
cukup lahh mahabbah surah dariMu,
yang menjadi pedoman hidup hamba-hamba.

ya Allah, jadikan ianya bimbingan cahaya petunjuk dan rahmat.
Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah yang tak diketahui
mestikan kami membaca ,sepanjang malam..sepanjang siang hari
jadikan ianya hujah kami ya Rabb
Pemlik surat cintaku ..



No comments:

Post a Comment