Sunday, 17 July 2011

untukmu..sahabatku.


Assalammua'alaikum.

apa khabar hati kalian hari ini? masih sihat atau rapuh?  jangan biarkan hati kita membusuk dihinggapi kuman-kuman yang degil hingga tak mampu menerima sebarang kebenaran..

Allah itu maha mengerti setiap hati dan perasaan hambaNya.. termasuklah ana. 
'hati saya baik' dan 'hati saya tak baik' ya Allah.. aku berserah padaMu atas segala yang terjadi kepada hatiku dalam mengapai mahabbah Mu..

jauhilah hatiku ini dari terus menangis.. 
cukuplah ia menderita kerana kejahilanku..
kasihan hatiku..

jauhilah hatiku bait cinta seorang hamba,
andai ianya mampu merosakkan hatiku..

cukuplahh..sampai hati kau mengharapkan aku berkata demikian..mengungkapkan kata-kata indah buatmu.
apa kau tak mengharapkan kata-kata indah dari Tuhanmu??
kau inginkan kedua-duanya namun pilihan kau yang pertama belum tentu milik engkau sahabatku..
jangan lah deritakan hatimu.. sungguh kukata, ia akan menyeksa..
 surrennder everything to Allah..is the way.
tawakallah engkau pada Allah..itulah jalannya.
kedamaian sebenar apabila kau mula merasa Allah itu cinta padamu..
apakah ketenangan hadir ketika mendapat cinta yang palsu dari manusia sedangkan tidak untuk Pencipta?
akhirnya cinta manusia yang alpa itu akan menyeksakan..

terimalah kata-kataku sahabat.. musafir kita disini masih jauh perjalanannya.. ambil pengajaran yang baik-baik untuk diteladani.. 

yang benar,
sayang kasih untuk sahabatku..

No comments:

Post a Comment