Sunday, 3 July 2011

warkah buat diri

Assalammualaikum.. ye, ana mengepost lagi sambil memikirkan bait-bait indah untuk diri ini.. :),

Buat diriku yang dho'if di bumi Tuhan ini,

usahlah engkau memikirkan kebimbangan yang menerpa..sebaliknya katakanlah pada kebimbangan itu ,
'oh worries,  i have Allah' ,lantas sujudmu akan mententeramkan kebimbangan yang melanda...
angkatlah tanganmu untuk meminta pada Sang pencipta ..Allah, merindui hamba yang meminta padaNya.
janganlah rasa beban untukmu menadah nikmat atas permintaan yang kau inginkan.. apabila nikmat itu sampai itu tanpa kamu minta, mungkin itu tanda Allah menguji sama ada kita bersyukur mahupun kufur.. nauzubillah. jauhilah penyakit itu, ya Allah..

buat diri yang hina ini,

jangan lahh bongkak atas ilmu yang sedikit yang telah engkau kaut dari para ilmuwan.. ingat! amalkannya..'ilmu tanpa amal SIA-SIA.. ' rasakanlah ilmu Allah itu luas.. maka tuntutlah ilmu yang bermanfaat hingga ke liang lahadmu.. mungkin setengah dari ilmumu itu yang akan menyelamatkanmu..

hai diriku yang fakir ,

pernahkah engkau tahu rahsia kejayaan mukmin? dalam surah mukmin ayat 1 ' orang-orang mukmin yang beriman itu berjaya' maka..dengan itu, tanamkanlah rasa untuk bermujahadah melawan nafsu kemalasan, menyuburkan iman yang sudah lama tertanam hanya tinggal untuk dibaja & disiram. setiap onak, ada suri.. setiap jalan pasti berliku. setiap tangga pasti akan jatuh begitu juga menyuburkan iman di dada.. pastinya ada badai yang meribut. ujian itu pasti ada.. 'kesabaran itu separuh dari iman' & Allah menguji keimana kita dengan melihat tinggi manakah kesabaran hambaNya ini? renungkanlah..

untuk jiwa ku ini,

cinta manusia yang ditetntukan Allah itulah yang terbaik. mungkin.. tak usah untukmu mengejar cinta manusia yang tak pasti. biarlah sehebat mana peribadinya, setampan mana rupanya.. namun andai Allah mentakdirkan kau dgn dia maka redhoilah.. mintalah pada Dia yang Maha Mendengar agar dikurniakan akhowat yang sejati, kuat imannya.. lelaki acuan Al-quran ..insyaAllah..

akhirul kalam buat hamba Allah..

wanita yang solehah itu, dirindui syurga & merindui syurga. wanita solehah itu yang tidak memandang yang bukan mahram dgn nafsu. wanita solehah itu bidadari syurgawi.. maka, kembangkanlah akhlakmu agar ia seindahnya kembangnya bunga di pagi hari..wangi dan indah.. 

oh Allah..make me STRONG.






Yang benar,
Si khilaf  

No comments:

Post a Comment