Monday, 18 July 2011

yakjuj wa makjuj

Assalammua'alaikum , kawan-kawan..sahabat-sahabat. hari ini kita berpeluang juga untuk menyedut (??) menghirup udara Allah..melihat ciptaan Allah.. merasa kasihNya.. bercanda bersama teman..dapat juga mengaut khazanah 'ilm Allah ini.. hitunglah kesyukuran kita di atas bumi.sungguh banyak ni'mat Allah beri.. dan ni'mat mana yang engkau dustakan?? tidak dapat kita dustakan..kerana ni'mat Allah itu cukup luas. lihat saja tubuh badan kita.. ucaplah hamdalah. Alhamdulillah..selayaknya pujian buat MU ya Rabb..

hari ini nak menge-share al-kisah yang bakal tiba di pengakhiran zaman ini.. apakah dia?  bakal menjelma entah bila.. namun kedatangannya membawa bencana.. dia digelar..YAKJUJ DAN MAKJUJ.
siapa dia? mana datangnya??

yakjuj dan makjuj ini asalnya dari keturunan Nabi Nuh a.s. dalam bhsa lain mereka digelar gog magog.. mereka ni makan apa saja binatang boleh dimakan. mereka lah perosak bumi ini nanti. Allah telah befirman..


 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuahtembok di antara kami dengan mereka?

-Al-kahfi : 94-

'Maka mereka tidak dapat memanjat tembokitu dan mereka juga tidak dapat menebuknya'

-AL-Kahfi : 96-

dengan izin Allah suatu masa, tembok itu akan pecah juga. dan Rasulullah pula bersabda :

  • Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.


  • Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”


  • Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

  • Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

  • Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

  • Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

  • Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya



  • Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat    ( RIWAYAT MUSLIM)




Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain
zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam
jangkamasa yang singkat? 

Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semulake permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a.meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggaliatau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. BilaAllah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).




kemunculan Yakjuj dan Makjuj..


Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam Al-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka
percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal dari anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama
ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakan secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok 
pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.


berapa ramai mereka ni??

Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramaiii, iaitu 9 kali lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”.



demikianlah sedikit al-kisah tentang si YAKJUJ MAKJUJ PEMUSNAH BUMI.. takut bila dengar kisah pasal kiamat ni. Allah!!! baru yakjuj makjuj belum dajjal lagi.. 
wallahu'alam.


sumber : sohaimi.org/yakjuj makjuj

No comments:

Post a Comment