Friday, 19 August 2011

15 ramadhan :

hari itu aku jatuh dalam kehampaan  di atas usaha kecilku,
melihat mereka bangkit dengan mengukir senyuman bersyukur tidak terhingga di atas usaha yang telah dilakukan.
aku ditepi mengecilkan diri walaupun sudah kerdil aku dihadapan Tuhanku.,
aku mengaku akan kekurangan serta kekhilafan ini...
aku gagal kerana kemalasan menyelubungi, tiada pengulangan dalam mentela'ah pelajaran..
itu merupakan 'ibrah,
tidak berguna aku merenung.. memikirkan kegagalan yang berlalu dihadapanku sudah ada jalan kejayaan..
hanya tinggal untuk berjalan menggapainya..
maka aku ingin bangkit mengukir semula senyuman obor kebangkitan dalam meneruskan perjuangan..

terima kasih ya Allah..kerana telah mengubati kekecewaan ini dengan tarbiyyah diri, bisikan nurani dan kalam suci..

ini satu permulaan dan bakal menempuh imtihan titian ilmu seterusnya..

MABRUK YA SOHABATI.. ^_^


sesungguhnya beruntunglah(berjaya dunia dan akhirat) orang-orang yang beriman..

yakni, orang yang khusyuk dalam solatnya..

dan orang yang menjauhi perkara lagha..

dan orang yang menunaikan zakat..

dan orang-orang yang menjaga kemaluannya..( menjauhi zina)

(Surah Al-mukminun : 1-5)


notakakiku : kesihatan dan fizikalku belum stabil. doakan yea, supaya ana cepat sembuh??

No comments:

Post a Comment