Wednesday, 24 August 2011

bila sakit vs bila sihat



bila sihat
umur tidak lagi dikira..
selagi tulang terentang kuatnya,
seperti esok bukan kematian.,
Allah mudah sekali dilupakan..

kenapa?
manusia itu penuh kealpaan..
apabila datang kesenangan..
sedangkan itu hanya pinjaman.

hiburan dijadikan aktiviti harian..
solat diringan-ringankan..
apalah hina engkau bernama manusia?
Masa untuk Allah engkau lepaskan..

bila sakit..
ketakutan pula datang..
takut apa?
takut akan Malaikat maut datang menjemput.
dikira umur masih muda
ajal bukan masanya..
sungguh silap anggapan kau manusia..

bila sakit..
rasa berTuhan dalam jiwa..
mengharapkan Allah menyembuhkan derita..

sakit itu merupakan teguran..
setelah sekian lama dalam kelalaian..
betapa cintanya Allah pada kita..
tidak mahu hambaNya karam begitu saje.


kembalilah..kembalilah ingat pada Allah..
tidak kira sihat atau sakit..
ingatlah padaNya..

ya rabbi..yang memberikan sakit ini , terima kasih ya Allah kerana menegur diri ini. biarpun perit rasa i..namun ku yakin,dengan ini Kau membersihkan diri ini dari dosa-dosa lalu. andai aku tidak diberi rasa sakit..aku takkan pernah menghargai ni'mat sihat yang Engkau beri..


No comments:

Post a Comment