Friday, 5 August 2011

cinta yang HALAL


Syabab hari ini..
jangalah menodai kesucian dirimu dan kesucian cinta hawa mu,
kerana kamu telah menuruti bisikan syaitan..
jikalau benar kau menyintainya.. maka cintalah dengan taharahnya mahabbah dari Tuhan..

syabab hari ini..
kenapa engkau memburu cinta yang belum pasti untukmu..
adakah engkau yakin panahan itu akan tepat pada cinta yang engkau buru..??
kenapa tidak engkau berserah padaNya..?
perlukah engkau mengotori hatimu dan merosakkan imanmu?
janganlah jadi manusia yang buta ..antara ni'mat dan musibah
ya, cinta adalah antara ni'mat dunia tapi bisa mengubah ni'mat kepada musibah..
fikirkanlah kenapa?
walhal cinta yang suci perlu dibaluti keimanan dan rasa cinta padaNya..

syabab hari ini..
walaupun kalian bukanlah seteguh peribadi Rasulullah..
walaupun kalian bukanlah sesantun karamallahu wajhah..
namun..perelokkan lahh peribadimu..
kerana diri kalian menjadi ukuran pada mata-mata dunia..
jadilah kalian.. mujahid akhir zaman dalam mendambakan cinta hawamu yang halal..
bukan cinta hawa yang belum hakmu..
cinta yang berpandukan kalam wahyu dan sunnah junjungan kita..
jangan dikhuatir akan wanita dambaan mu..
kerana dengan siapa cinta hawamu itu telah tercatat sudah di lauhul mahfuz sana..
berusahalah menjadi syabab yang soleh kerana pasti jodohmu yang solehah Allah berikan..

andai resahmu tentangnya..
kembali lah kepada ketenangan..
iaitu Allah.. mintalah petunjuk dariNya..
InsyaAllah..

wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment