Wednesday, 10 August 2011

how today

Assalammualaikum ^^,

dah layan kesyahduan ana tadi? maaflahh..hanya disini ana menyatakan hasrat selain di sejadah kusutku.

hari ini..?

sekilas kuberi..
Alhamdulillah hari ini  kusyukuri
kerana hujan menyejuk bumi.
mententeram hati.

ye, hari ini hujan. setelah sekian lama , berpanas terik..berjalan seperti di gurun pasir. ana balik berjalan kaki..merentasi lorong-lorong jalan jaya..taman jaya.. hes. dah berabad ana tinggal di sini..mcm banyak yang dah berubah..orang kat area sini..pakat semua renovate rumah tak semua lahh.yang renovate kebanyakkan rumah sendiri, ataupun tuan rumah yang nak buat.... dulu rumah sama jee. kan? contoh mcm setinggan.. sekrarang dah naik jadi rumah berpangsa-pangsa. sebenarnya tak nak cerita pasai rumah ke apa.
nak cerita pasal kat sekolah hari ini.

hari ini dalam kelas agama pergi ke bilik media. syokkk habes. lepas belajar sikit pasal tuntutan taubat.. ustaz cerita mcm-mcm lah. lepas tu tgok video pasal puisi buat ibu.. sobs, terharu... lepas tu main miliyar..hehe. main milionare lah tapi dalam rupiah. kuikui.. ^^ tk pernah ana main benda alah tuh. then video yahudi laknatullah tu.. ya Allah.. GERAM! kay.. jangan dibawa emosinya.

hari ini dalam kelas chemistry..kami telah menjalankan experiment equation. waaaaaaaaaaaa. buat dengan tiada jiwa di situ pk nak balik rumah je. bila cikgu tanya soalan..hmm.errr.heeee. huihh. tulahh. berangan bebanyak lagi. >,< masa nak dekatkan test tube dua-dua tu, yg mengandungi ammonia and hydrochloric.hmm. betul ke ni.. kena buat dalam satu peti. ape entah namanya...kiri kanan dan depan belakang plastik lut sinar..maybe. masa tengah buat experiment tu.. ada pula drama kcb.. LIVE tahu. nak nak..babak mas furqan. waaaaa. tahan gelak sampai nanges-nanges. sebelum tu.. layan videoklip awan nano, lepas tu astro oasis..anjakkan paradigma. :D chanel terakhir drama melayuuuuwww. semua terjadi di balik plastik lut sinar. aduhai.. :'D

lepas kelas, fly to library..meng-up-to-date buku vocab yang dah berhabuk sebab baru minggu ni baru bukak. last bukak 2 minggu sebelumnya ramadhan..lama lah jugak tuh. dah siap sikit ( tampal je padahal) . lepas tu buat gerak gempur bio.. wahhh. bergempur bagai ni. dengan jiwa yang berkobar pergi ke rak buku.. 'mana buku bio???' tercari-cari. macam nak cari berlian. dan..menghampakan buku rujukan itu dalam bahasa melayu. dan jumpalah istilah pelik..sel soma? what... hm. takpe..baca aje.

hari ana tiada specila pun, melainkan ilmu yang diperolehi..Alhamdulillah..

Rasulullah bersabda :

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

walaupun hari ini ilmu yang dicari tidaklah sesukar mencari air di gurun panas..ana harapkan ilmu yang dicari ini mudah dan mudah pula untuk difahami..


wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment