Friday, 26 August 2011

kaya miskin

ketika aku kekosongan ,
mereka ada pengisian.

ketika aku kesepian,
mereka ada peneman.

ketika aku kesedihan,
mereka dihiburkan.

ketika aku keseorangan,
mereka dikeliling keramaian,

ketika aku miskin kepapaan,
mereka ada harta untuk dibangga,

ketika aku dibawah,
mereka megah di atas..

sesungguhnya aku tidak pernah mengambil peduli tentang itu semua kerana semua apa mereka miliki yang tidak aku miliki , Allah akan mengantikan sesuatu yang lebih indah dari apa yang ada.. cukup kegembiraan aku bersama keluarga. tidak ternilai harga dengan emas mutiara.

Jika aku punya kedudukan dan harta tetapi hatiku jauh dari Tuhan.. masih tidak tenteram jiwa raga.
Andai aku punya kedudukan dan harta serta agama tetapi andai hati ria' dan ujub mahupun suma'ah hanya mengundang murka Allah..

Aku ingin menjadi miskin tapi miskin yang dekat dengan Tuhan... merendah diri meskipun diri ini telah dahulu kerdil dihadapan Tuhan..
Biarlah aku miskin dengan harta..
tapi ku tak mahu miskin dengan ilmu agama..
Enaknya andai dapat meneguk lautan ilmuNya.. subhanallah..

sekalipun aku digelar fakir..miskin..dimata manusia
aku tidak pernah kesah dan resah..
kerana aku  sentiasa ingin dipandang Allah..
baik yang zahir mahupun batin..

misi seorang hamba adalah mencari reda Allah..
bukan manusia..
statusku adalah hamba yang daif,fakir dan miskin..
tak sedih mahupun kecewa..
aku bahagia meskipun 'miskin..'

senyumlah wahai si miskin..
kerana Allah bersamamu..




aku kaya di dunia,aku ingin kaya di akhirat.
namun kaya bukanlah ukuran iman seorang hamba..
aku rela fakir dari kaya..
agar jauh diri ini dari dosa.
Dosa seorang yang kaya yang lupa pada Pencipta..
jauhi aku dari kerosakkan hati dan iman kerana dosa-dosa ya Tuhan..

aku ingin kaya dengan ilmu..
kaya dengan tatasusila.
kaya dengan sahabat taulan..
kaya dengan hikmah tarbiyah..
itulah kaya yang kudambakan.

Ya Rabbi..
penuhilah aku dengan kekayaan itu semua.

notakakiku : disebabkan cerita yang ana tonton, ditranslatekan andai ana dalam watak tersebut. peace :)

No comments:

Post a Comment