Saturday, 6 August 2011

mesir..

kaherah, cairo, mesir. 

 sungai nil

piramid

universiti al-azhar waktu malam.






tetiba impian ana nak merantau ke bumi mesir terpanggil. macam boleh pergi? khayalan semata-mata.menyedapkan fikiran saja. ni tempias KCB lahh ni. ya Allah..apa lah kuat benor pengaruhnya yek??
teringin nak belayar ke sungai nil...boleh ke belayar guna kapal kat situ? jengjeng! =,=

setelah membuat kajian tentang cara nak ke mesir hanya ada 2 jalan sahaja. keduanya jalan sehala tiada likuan belukar.. PERTAMA, andai kata family ana nak melancong ke sana. macam mustahil jekan? but nothing impossible andai Allah mengizinkan.. KEDUA , andai ana dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang medic. teringin nak ke universiti al-azhar yang popular sangat tuh.

wahh..besar cita-cita ni. tapi yang nak mencapai itu payah... bagai mendaki gunung everest.  manjada wajada!! jangan mencipta alasan.. konklusinya ibu bapak bapak sekalian.. keduanya akan terjadi seandainya dijini Allah s.w.t jika tidak ,tidak ana sampek ke sana. benar kan? kalau ana belajar hingga lulus spm nya , berjaya mendapat 10 A o_O,  andai takde kesempatan ke sana.. apa boleh buat sih.? tunggu aja namun usahanya tetap dijuangkan.. *kubetutur loghat indon.

mari! nak share sikit.. ana cedok info ni dari  encik pelajar ibn dari kaherah.


1. Pernah diungkapkan ayat sebegini sewaktu menaiki mana-mana teksi di Malaysia :
يصطا (pemandu) : Anta minin ? (Kamu dari mana ?)
Penumpang : Min Malizia ya ‘am (Dari Malaysia ya ammu)..
يصطا (pemandu) : Aiwah ,Malizi ? Ahsannas ! (Orang Malaysia ?Hmm Sebaik-baik manusia!)
Penumpang : Misr helwah wa kuwaiyis awi awi ! (Orang Mesir lagi manis2 & baik2 !)-dalam nada penuh memoja utk dpt harga murah hehe
يصطا (pemandu) : Ana uhibbu Malizi wentu kuwaiyisin… (Saya suka org Malaysia krn kamu semua baik2 )
After few minutes just about to reach home….
Penumpang : Ala gam hina.. Bikam ya raiyis ??(Berhenti di sini..Berapa tambangnya boss ??)
يصطا (pemandu) : Holi ya’ni ,ya walidi ,balaj… (takpe takpe semuanya free of charge anakku)
Inilah sebahagian daripada sikap terpuji org2 arab terutama nya yg tua terhadap org2 Malaysia 
disini .Mmg patut dipuji HEHE ;) JGN TERKEJUT !

2. Orang Mesir jarang2 sekali gelakkan org yg terjatuh atau terjelepok atau salah sebut sesuatu .Instead diorang akan tolong or betulkan kesilapan tu .

3. Dekat dunia ni ,dekat Mesir sahaja yang boleh jumpa jalan takda ‘divider’ .Traffic light pun ada tp siapa yg ikut mmg kena hon dan hon wajib ditekan setiap kali mcm tekan minyak jugak tak kira jammed atau tak…

4. Perempuan Mesir yang meradang lagi menakutkan dari kebanyakan lelaki2 gagah kat sini ?

5. Setiap hari mesti ada paling kurang satu pergaduhan yang akan anda saksikan sebab perkara yg remeh - bak kata doktor Ain Shams – There are too many of us so we must fight to live

6. Roti yang jatuh atas tanah sekalipun penuh dengan debu wajib dikutip balik biarpun di depan pelanggan kerana satu penghinaan membuang roti yg merupakan makanan asasi penduduk Arab Mesir – penghinaan juga kepada org miskin

7. Pernah tengok kedai ikan yang jual ikan siap goreng ?Jom ke Mesir !

8. Orang Mesir jarang pandu kereta perlahan sekalipun wanita tapi jarang2 berlaku accident tapi body kereta kemek tu biasa..

9. Ada banyak kedai jus (asir) kat sini yang menawarkan jus mangga (asir manju) atau jus tebu (asir asob) serendah LE2 or RM1+ TANPA sebarang additive atau air .Completely pure juice yet in a big glass..

10. Peniaga Mesir tidak memperhambakan diri pada pelanggan tapi fenomena pelanggan dimarah atau disuruh keluar (barrah) adalah normal bagi masyarakat di sini

11. Ma fish fakkah ?? (Takda duit kecil ke ??) .Ayat wajib bagi setiap peniaga disini .Pelanggan kena pandai pandailah cari duit kecil sendiri .Peniaga lagi rela kehilangan seorang pelanggan daripada menerima sekeping wang kertas 10pound ?

12. Dalam dunia ni ,Mesir sahaja yang tidak mewajibkan pergi ke kuliah ke atas mahasiswanya termasuklah rakyat Malaysia yang suka ponteng kuliah…hmm quite a strange about Malaysian here..

13. Nada orang Mesir bercakap nampak ganas dan macam nak gaduh tapi sebenarnya itulah cara mereka menyerlahkan kemesraan mereka hehe .Jgn salah anggap.

14. Jangan berfikiran buruk kalau nampak kaum lelaki berpegangan tangan dan berlaga pipi sesame sendiri ketika berjumpa – lagi sekali ,itulah cara mereka menyerlahkan kemesraan mereka

15. Bangsa Arab Mesir adalah bangsa yang tidak reti memendamkan sesuatu perkara .Mereka merupakan bangsa yang sungguh expressive – segala-galanya mesti ditunjukkan

16. Seorang pencuri atau peragut sebelum sampai ke tangan polis mesti dah dipukul teruk oleh orang sekeliling .Mereka sangat prihatin bab2 kebajikan ni.

17. Percaya atau tidak beg tangan boleh digantung di luar pasaraya (sebab tidak boleh dibawa masuk) tanpa dicuri sesiapa ??

18. Di Mesir ,sistem kasta masih wujud lagi .Dekat tepi2 jalan ramai golongan bawab yang membasuh kereta kepunyaan orang Mesir ‘tahap atasan’ walaupun pada waktu pagi musim sejuk .Bawab mempunyai harta tapi tidak dibenarkan memiliki passport dan memasuki shopping complex..suatu diskriminasi yang tidak sepatutnya ada dalam negara Islam.

19. Orang Kristian juga boleh mengucapkan perkataan – Assalamualaikum ,InsyaAllah ,Alhamdullilah .Ini merupakan suatu budaya dan wanita Kristian juga boleh memakai tudung sekalipun purdah 
.
20. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia di sini masih dianggap kuno dan org asli sebagaimana masyarakat Iban oleh masyarakat di sebahagian tempat di Mesir ?-Ini semua disebabkan iklan Malaysia Truly Asia haha!

21. Tun Mahathir sangat dikenali dan dikagumi disini kerana kewibawaannya dalam dunia Islam sehingga memungkinkan beliau digelar Syeikhul Islam oleh masyarakat Mesir

22. Masyarakat Mesir amat bangga dengan negara mereka and foreigners shouldn’t be talking bad things about them .They kept been asking this silly question to us – What is your opinion about Egypt ? Ma ra’yuka an Misr ?
p/s; should say all those goods and hide those bads haha!

23. Kekuatan Mesir terletak pada keutuhan Pyramid dan Universiti Al Azhar…

24. Bandar Kaherah merupakan sebuah Bandar yang amat kelam kabut ,kotor ,dan kurang system .Bak kata kebanyakan senior – ‘ Kaherah ni kena bom dulu baru boleh struktur balik jalan dan bangunan dia… hehe ;)

25. Mesir memang tiada rumah setingkat sebab kawasan yang dibangunkan terhad .Apa yang ada cuma apartment atau flat sahaja .Banyak kawasan padang pasir lagi yg tidak dibangunkan sebab tandus.

26. Pernah tengok rumah dalam satu bangunan shopping complex terkemuka ?Di Mesir ini bukanlah satu benda yang pelik .

27. Egypt mempunyai ramai rakyat yang bijak dan pakar dalam segala bidang tapi sayang gaji seorang doktor biasa mungkin nisbah gaji seorang cleaner di Malaysia.

28. Jangan memandang rendah terhadap seorang pemandu teksi .Dia mungkin seorang professor ,polis atau doktor .

29. Seorang peniaga boleh solat di dalam kedai beralaskan sejadah dan berseluar pendek atas lutut dihadapan pelanggan jika telah masuk waktu solat dan jangan pelik jika anda tidak dilayan

30. Di Universiti Kaherah ,terdapat Jabatan Pengajian Malaysia –where Egyptians can learn everything about Malaysia .Komuniti rakyat Malaysia disini sudah mencecah 10,000 dan kebanyakannya pelajar perubatan .


lepas baca info ni, suara sebok mula berbunyi.. 'YEKEEEE???????????????? ' or 'OOOOOOOOO !'
baru lah tahu.. ^_^


ana titipkan tiupan puisi buat bumi egypt..( secara ekspressnya )

lahzah ini ana bermimpi,
kaki ini berpijak di arld mesir ,
angin penyejuk cuaca gurun padang pasir,
mengulit sejarah kegemilangan lampau..
agungnya arld mesir pada dunia..

Mata terpenjam mengamati ketenangan..
kesejukkan sungail nil menongkah riuhan mansusia..
nyaman tiba mendabik jiwa,
merasai mereka bertemu cinta besaksikan aliran sungai ini..
mengalir terus menerus tanpa henti..

megah sang piramid di gurun pasir
menyimpan khazanah peristiwa yang penuh rahsia
berkurun lama gagah bertapak
lambang agung di tanah gersang

wallahu'alam..
semoga ana akan bertapak di sana suatu hari nanti.. :)

No comments:

Post a Comment