Monday, 1 August 2011

nota hati : speechless


hari ini rasa pelik,
hari ni rasa diri ini jahat,
hari ini rasa tak mampu
hari ini rasa emo
hari ini rasa berdosa..
hari ini rasa sedih
hari rasa resah
semuanya hari ini..kenapa?
apa yang tak kena?
bila dicheck amalan pula..
ohh...kekurangan rupanya.



apa yang kurangnya?
hari ini kelewatan menunaikan kewajipan,
khidmat diri tak sempurna.
lidah tak bertulang ni tak dijaga rapi.
kemalasan untuk study.
homework tergendala lagi.
kerana membuat carpen yang tak menarik hati.
kenapa semuanya ada alasan belaka?

kerana diri yang menciptakan alasan, tidak berusaha mengelak dari mencipta alasan.
itulah sebabnya hari ini.
sempena bulan ramadhan ini,
 ingin aku bermuhasabah diri..
agar terpelihara tatasusila peribadi serta iman di hati.

menasihati orang mudah sekali,
menasihati diri.. Allahurabbi.. kekuatan perlu dicari.
maafkan aku teman disini.
andai rasa diri ini hipokrit maafkanlah.
tetapi sungguh ku kata.. aku insan yang belum sempurna zahir dan batinnya,
maka aku tidak layak diberi kalungan pujian dari anda semua.


sungguh aku sedih.. aku bukanlah seindah yang kalian bayangkan.
diri ini masih dihimpit dosa.
 aku gembira andai benar aku seperti yang kalian sangka..
tapi tidak.. diri ini masih dalam proses tarbiyyah.
aku hargai dukungan kalian.. 
 bantulah aku.. bawalah aku terus menerus ke jalanNya
hilangkan lah aku dari keresahan dunia..ya Allah..

No comments:

Post a Comment