Monday, 22 August 2011

note of tarbiyyah








aku dilahirkan ke dunia,
sebagai seorang insan dan hamba yang ingin kedamaian dan ketenangan.
bukan insan dan hamba yang dirudung kesesatan..kesesakan batin kerana kejahilan.

aku juga insan yang mengharapkan cinta ,
bukan cinta palsu bukan cinta bertopeng nafsu
tetapi cinta yang mekar dengan iman dan taqwa

nota tarbiyyah ni ku persembahkan
agar sentiasa membina roh kesedaran
buat diri yang daif lagi penuh kedaifan
mengetuk jiwa kelalaian
ku usahakan agar ia ada kesempurnaan
semoga kembalinya iman  
setelah terpesong jauh dari tujuan

menyedarkan diri dalam kekalutan..
kuntum khair ummah... (al-imran : 110)
menghargai ni'mat Allah yang menciptakan
islam aku dilahirkan..
namun jiwa masih kekosongan,
rukun iman ku hayati agar kuat pegangan.

ku bisikan pengharapan..
sejauh mana kaki ini berlari dalam kehidupan..
ku usahakan agar ia ada kesempurnaan..
insyaAllah..
tarbiyyah itu ku pahatkan..
walaupun ada kekurangan..

Ya sami' ya Basir..
pandanglah hambaMu yang hina ini..
ku mohon agar diri ini juga terpilih untuk berjalan bersama orang yang soleh.
ku mohon juga..andai sekali ku tergelincir..jangan hilangkan hidayahMu.
jangan biarkan aku hilang dari hidup yang disulam tarbiyyah dan halaqah islam..
tetapkanlah aku dijalan ini..

Allahuma amin..


No comments:

Post a Comment