Wednesday, 24 August 2011

tujuan?


Bismillahirahmanirahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Alhamdulillah..masih berdenyut nadi dan degupan hati ini dengan kalimahMu yang suci, segala organ dalam tubuh ini masih setia berfungsi dengan izinMu.. senyuman ukhuwah ku tebarkan, dada ini dpenuhi namaNya..agar khittah terjaga dari haluan yang bernoda. doa-doa kubisikkan dalam diri moga dipelihara iman dan dari segala kejahatan di dunia..  

yeah! another 15 minutes before i chiooo pergi rumah mizan. hari macam nak hujan je kat luar sana..moga diiringi rahmat setiap titisan yang jatuh ke bumi ini.. amin.

tujuan? hhhhhhhhh. apa tujuan hidup sebenar kita yekk??? dalam setiap hari akan ade satu plan.. dan kita meletakkan plan yang kita buat tu sebagai benda pertama untuk kita lakukan pada hari tersebut. contohnya macam hari ini..pergi ke sekolah plan pertama nak buat oral. *makk.. lega. Alhamdulillah.. dan seluruh tujuan kita adalah untuk berjaya di dunia je ke? ofc, nak berjaya di akhirat juga. Qad aflahal mu'minun.  

dan apa pergantungan kita untuk berjaya..pasti semua manusia akan menjawab Allah s.w.t. tapi telah kita letak Allah sebagai tujuan hidup kita? yakni melunaskan tujuan kita dilahirkan ke bumi..diciptakan oleh Allah yang digelar manusia.. apa tujuan kita dihidupkan? untuk beribadah dengan Allah pastinya. beribadah tu contohnya macam mana? pertama sekali.. adalah SOLAT!! kenapa? solat adalah soalan pertama yang akan disoalkan oleh Allah di padang mahsyar..yang di mana seluruh umat manusia dari nabi adam hingga nabi Muhammad s.a.w (umat). solat dapat mengelakkan kita dari melakukan kemungkaran. bila hal ini diceritakan pada anak-anak kecil.. mereka akan bertanya.. kenapa ada yang solatkan, tapi tak pakai tudung? anak kecil akan memerhatikan persekitarannya dan timbul lah satu persoalan di jendela fikiran mereka. kenapa?? itu bergantung kepada intisari solatnya.. adakah solatnya sempurna? wallahua'alam. hanya dia dan Allah saje yang tahu.. 

we be back :)

ehem.. di sini ana nak kaitkan apa yang sir kata tadi. bila kita nak pi temuduga lepas graduate U nanti tukan.. AKADEMIK DAN KOKO kenalah seimbang.. orang yang menemuduga kita akan melihat akademik.. tapi kalau akademik je okay, koko hampeh.. memang dicampak keluarlah..kalau KOKO okay..akademik hancus pun sama jugak.. say goodbye lahh pada sijil-sijil tu semua..



ana translatekan benda tu semua dengan perspektif Islam..
di Mahsyar kelak.. solat itu sebagai akademik dan KOKO tu amal jariah / kebaikan yang kita buat didunia lillahi taala.. orang nak menemuduga kita esok ni Allah lahh. tengok solat kita macam mana.. kalau solat okay, amal pule yang tak okay..belum tentu jugak kan? dan sebaliknya.. semua itu dengan rahmat Allah.

kembali pada tujuan kita..apa? mahu BERJAYA bukan.?. bacalah surah Al-mu'minun. pada post yang lepas ada juga ana selitkan ayat tersebut. ada rahsia disebalik ayat tu untuk jadi manusia yang berjaya..

No comments:

Post a Comment