Thursday, 11 August 2011

ustazah gelaran diberi

Salam senja ramadhan dari ana..

Assalammualaikum..

terasa apa je orang panggil kita USTAZAH. ya, itu suatu gelaran yang punya darjat. darjat ape? darjat orang yang berilmu. ana? baru suku jagung kawan-kawanku. apatah lagi ana ni BELUM LAYAK. belum lagi. setakat pakai tudung labuh takak lutut sekalipun takkan nak dpanggil ustazah. ku tak menyangkal gelaran ustazah itu gelaran yang mulia dan baik..ana hanya meng AMINkan aje. semoga benar apa yang dikata kalian. insyaAllah... Ameen..

'ustazah...' ameen.. KAU NAK JADI USTAZAH? eee, bagusnya. serius dehh kelakar naa ayat fiza.
ustazah ni koje ye berdakwah kepada manusia, merupakan jalan yang dilakukan Rasulullah sendiri. menyampaikan risalah dari Allah agar manusia ini kembali taat pada Allah.. ustazah ni bagi ana, punya akhlak yang mulia, hafizoh lagi, mencintai ilmu dan menyebarkannya. bukan ustazah di dalam kelas je, tapi ustazah di merata-rata untuk ilmu... nak jadi macam tu...nak sangat sangat! mampu ke?

dalam halaqah dengan kengkawan apa yang bisa ana lakukan adalah menambah secukup rasa cerita yang dibualkan dengan ilmu yang ana ada sikit-sikit. itulah permulaan ana..yang mampu ana lakukan sebelum melangkah jauh. rasa zalim andai mengajak orang ke arah kebaikan.. namun diri tak terpanggil untuk buat kebaikan. maka.. ku persiapkan dulu segalanya dengan keikhlasan. agar dapat ku sampaikannya ya Allah.. dan kau bakal menjadi saksi.

ana juga tak mengharap untuk mendapat title ustazah , biarlah sekadar nama farhana yang mampu merubah jiwa sendiri dan sahabat untuk buat kebaikkan walaupun sebesar zahrah , walaupun hanya satu ungkapa dan Rasulullah yang aku mengerti tentangnya akan ku sampaikan..kerana itulah yang disuruh Rasulullah...

apa yang kalian tahu dan apa yang aku tahu adalah kelebihan kita bersama, apa yang kau tahu apa yang aku tidak mengetahui maka itulah kelemahanku.. maka kau bantulah untuk apa yang aku tidak ketahui


maka, sekian sahaja curetan arang hari ini.

wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment