Saturday, 27 August 2011

warkah buatmu

Salam rindu dan cinta buat mawar mujahidah kesayangan, salam sejernih kasih merimbun ukhuwah..
semoga engkaulah muslimah akhir zaman yang masih berpegang dengan bendera iman dan tiang akidah..


pena ini menulis bertemankan qhasidah
pena ini tidak jemu melambai kata dakwah..
membakar obor jiwa yang lemah..
agar kembali semangat yang lelah..


janganlah merungut ujian diberi olehNya.. terimalah ini sebagai cabaran dalam mendaki untuk menuju redoNya.. dalam mempebeharui iman agar teguh meskipun berkocak hebat dalam jiwamu.. ingatlah kisah nabi Allah Ibrahim yang mendapat tentangan dalam mengajak kaumnya beriman kepada Allah sehinggakan dicampak ke dalam api.. pada masa itu Allah yang menjadi saksi dan telah menyelamatkannya dari api.. dan Allah berfirman :


Hai api,menjadi dinginlah dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim
- Al anbiya':69-


inilah pertolongan Allah kepada hambaNya yang sabar menghadapi ujian di dunia..


sesungguhnya hanya orang-orang yang sabar dicukupkan pahala ke atas mereka tanpa batas
-Az zumar: 10-

nilailah keperitan itu dengan nikmat dan hikmah sesungguhnya itu semua lebih indah andai engkau mampu bersabar.. 
dalam perjuangan membawa jalan dakwah menuntut kesabaran dan pengorbanan, sesungguhnya perit untuk diredah pahit untuk ditelan seringkali menduga iman, 
namun mujahidahku,redholah..ikhlaskanlah..

"Sesiapa yang membantu agama Allah
nescaya Allah akan membantunya
dan menetapkan kedudukannya"

ketahuilah bahawa manisnya perjuangan ini akan kecapi di dunia Abadi nanti...
Jangalah bersedih wahai mujahidahku, kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. berbahagialah dengan dekatnya kemudahan daripada Allah s.w.t, dengan datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa-dosa. ketika dalam kesulitan jadikanlah Allah itu sebaik penolong kita kerana dia sebaik-baik penolong dan pencipta..
Janganlah juga risau akan kecantikkanmu.. Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali dengan beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dialah wanita yang mendapat petunjuk, wanita yang diterima amalannya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.. bersamalah kita merebut menjadi wanita pilihan disisi Sang Pencipta.. bukankah itu khabar gembira??

TETAPI.. 

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

jika wanita itu melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamaNya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang. 





Mijahidahku,

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat yang sia-sia,sifat-sifat mazmumah. Wahai wanita muslimah,walau dirimu dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tapi dia tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.

akhirun warkahku..
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mukmin, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku buat diriku dan dirimu, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

salamun'alaik :)

No comments:

Post a Comment