Sunday, 7 August 2011

wasatiyyah dalam beramal.. ^^,

Assalammualaikum atunna.. barakallah min safar ya atunna. semoga jalan kehidupan kalian diberkati. ^^,


hidup di dunia ini perlu bijak mengatur khittah agar lurus tiada noda..
namun manusia tak pernah tinggal dari silapnya..
dalam menongkah lautan di dunia..

nadi berdenyut dengan izinNya..
nyawa dalam jiwa dalam gengamanNya..

apa yang diberi semua datang dari pencipta..
kita manusia hanya duduk bersimpuh meminta pada Dia
namun tangan ini masih bongkak dalam meminta..
rasa diri sudah cukup sempurna..

nasib buruk menimpa,
andai segala amal bukan untukNya..
mengapa perlu pujian dari manusia
sedangkan mereka sama taraf dengan kita..


pujian yang diberi menguji keimanan di hati..
tandanya kekurangan dalam diri..
silaplah andai rasa syumur tentang itu dan ini..
sedangkan itu peringatan yang tak disedari

jauhi sum'ah dan riyak dalam hidup ini,
kelak neraka mahligai yang layak dihuni..
wahai hati..jauhilah diri..
dari murka yang datang dari Illahi..

dihari perhitungan kelak diadili..
si syaheed dipanggil olehNya..
disangka mati mulia..
namun, ke naraka lah dia.. kenapa?
kerana nawaitunya untuk digelar pemberani di dunia..

si ilmuwan dan qari dia di bumi..
disangka darjatnya tetinggi..
namun..ke neraka selayaknya..
kerana nawaitu untuk hanya dipandang mulia..

si dermawan kaya sekali..
disangka pemurah dan pekerti..
namun..kawah neraka dihumban olehNya..
kerana nawaitu untuk menerima pujian manusia..

Allah berkata ; MEREKA INI SEMUA PENDUSTA.

nauzubillahiminzalik..
ana pernah terima pujian, slepas itu ana rasa megah kerana tiada siapa yang bisa buat seperti yang ana lakukan.. namun, hati diketuk oleh iman.. agar menjauhi perbuatan sia-sia. sesungguhnya, andai berbuat satu perkara kerana manusia ..manusia itu tidak mendatangkan kembali kebaikkan buat diri kita. andai berbuat satu perkara kerana Allah..Allah itu pemberi terbaik serta kebaikkan pada kita..

jom ..perbaharuilah iman dengan kalimah tayibbah ini..


ya, manusia tu penuh himpitan dosa, tak bermakna manusia tu perlu terus menerus dalam dosa maksiah..

tafaqquhnya : beramal lah dengan penuh wasatiyyah dan lillahi taala..

peace (^^,)v

No comments:

Post a Comment