Friday, 30 September 2011

adakah aku seperti itu.

diriku yang suka kata-kata hikmah
yang mengajak berfikir penuh logika
dan juga ada faedahnya
bukan sekadar hanya untuk disukai semua
apabila membaca.

diriku suka mencari kata-kata agama
dan sebarkannya
untuk pengetahuan semua
dan untuk diri juga
bukan untuk nama
bukan juga kerana ingin pujian manusia
tapi bila suka
payah untuk melakukannya
kenapa?
aku manusia yang ada dosa.
bila ada peringatan :
'lebih dulu masuk neraka daripada penyembah berhala yakni pendakwah yg tak serupa bikin'
muhasabah diri..
adakah aku itu?

aku suka berkongsi ilmu yang ku ada
untuk mereka saling ingatkan aku andai aku lupa
begitu juga mereka yang tak lari dari alpa
kerana apa yang mereka kata
'manusia itu mudah lupa'
begitu juga apabila menuntut ilmu
pengulangan itu perlu
dan peringatan bagi mereka yang tahu.
ku cuba membawa tugasan dakwah
amanah Rasulullah pada kita
sungguhpun aku ini daif ilmu yang ada
kerana di sekolah subjek yang kita ada 
dalam subjek agama
'dakwah tanggungjawab bersama'
Rasulullah pula berpesan :
'sampaikanlah dariku walaupun satu ayat'.
walaupun kita tak sempurna
sampaikanlah andai kita tahu
meskipun kita tidak seberapa ilmunya.

aku tidak mahu ke nerakaMu ya Rabb..
aku cuba mengamalkan apa yg kutahu.

No comments:

Post a Comment